Friday, 30 October 2015

KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?


KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?Sebagaimana firman Allah, "...wahai...
Posted by AMAL TILL Jannah on Thursday, October 22, 2015
Read More...

Wednesday, 28 October 2015

Kisah Solat dan Keberkahan Waktunya

Bismillah.

Sedikit perkongsian, tentang solat dan keberkatan waktu yg ada di dalamnya. Saya yakin setiap orang pernah merasa walaupun hanya sekali, secara sedar atau sebenarnya banyak kali berlaku tetapi tidak sedar tentang keajaiban tersebut. Saya pernah, sebenarnya banyak kali tetapi hanya ingin kongsikan dua kisah sepanjang kehidupan saya, begitu dekat dgn saya, dan ia terkait dengan SOLAT DAN KEBERKATAN WAKTU nya.

SITUASI 1

Ketika di Matrikulasi Uiam dahulu, kira-kira 10 tahun yg lalu. Saya ada seorang pensyarah yg bernama Mrs. Jagdish Sidhu. Beliau mengajar saya subjek Reading. Selalu saya kelam kabut mengejar utk sampai ke kelas beliau daripada kelas sebelumnya. Kelam kabut nak makan, kelam kabut nak solat, kelam kabut semula nak ke kelas nya di bangunan smawp. Lambat seminit, pasti akan dihalau keluar. Beliau akan sentiasa mengelek jam dinding di celah ketiaknya, dan semua orang kena ikut waktu jam yg dibawa nya.

Pernah sekali, saya solat zohor lama sangat. Baca dgn penuh khusyuk dan menghayati maksud. Sebenarnya dgn harapan, saya terlepas waktu dan tak perlu rushing ke kelas tersebut ;p Apa yg terjadi ialah sebaliknya. Waktu masih banyak! Dan saya berlenggang ke kelas beliau. Pun masih ada waktu berbaki setelah saya sampai ke kelas.

Saya jadi wow! Walaupun sebenarnya ada sedikit kerungsingan, kenapa dah solat lama-lama pun tapi masih ada waktu berbaki untuk pergi ke kelas seolah jarum jam tak bergerak? Hehehe

Bila kenangkan semula, itulah keberkatan waktu solat. Solat yg didirikan tanpa kelam kabut, menghasilkan waktu yg lebih byk selepas itu.

SITUASI 2

Berlaku ketika saya menguruskan anak bersendirian ('Ulya) dan suami saya jauh di Makkah. Saya selalu kesuntukan waktu untuk mengulangkaji pelajaran sekiranya tiba musim sejuk/winter kerana biasanya kami akan sama-sama sakit. Akan sama-sama meredah hujan. Akan silih berganti demam, selsema dan batuk. Pernah sehingga saya pitam dan hampir pengsan mengurusi diri sendiri dan anak. (MashaAllah hebat sungguh ibu-ibu tunggal di luar sana!)

Pada suatu hari yg sepatutnya saya perlu menghadapi peperiksaan Sirah Nabawiyyah, Dr. Khalid Syurman, saya telah keluar awal sejam utk bertemu Doktor, meminta syafaat lah konon nya untuk membenarkan saya menangguhkan peperiksaan ke hari berikutnya. Ekoran dari tak habis study lagi subjek tersebut. Doktor hanya senyum dan cakap, Allah akan tolong kamu. (Beliau tahu kondisi saya berjauhan dgn suami dan ada anak bersama saya)

Saya tak cakap banyak, terus mencari sudut tertutup di tingkat yg sama, bentang tuala good morning dan solat sunat 2 rakaat. Saya tak tahu nak solat apa, saya tak solat hajat, saya hanya solat sunat. Teringat ustazah kat Dq pernah bagitahu, kalau dah boring sangat tak tahu nak buat apa, solat sunat. Jadi, saya buntu, tak tahu nak solat apa, saya terus solat sunat dan solat dgn agak lama.

Ajaibnya.

Masa menjadi begitu panjang, hati saya begitu tenang, otak dan fikiran saya terasa lapang dan pelajaran mudah masuk. MashaAllah! Subhanallah! Dan saya masih ingat, ketika dapat kertas jawapan tersebut, Dr senyum pada saya dengan beberapa taujihat yg masih saya ingat sampai sekarang.

MashaAllah.
Di dunia lagi Allah telah menunjukkan kekuasaanNya.

Minggu lepas, suami ada berkongsikan sesuatu yg berkaitan dgn solat. Kata beliau, Dr. Abd Jalil Dhomroh ketika di dalam kelas sempat mengisahkan bagaimana waktu solat yg dibiarkan tanpa mengerjakan solat selepas bermulanya waktu solat tersebut adalah dinilai sebagai lalai. Lalai dari mengingati Allah SWT. Sebagai contoh, setiap sejam terlewat daripada awal waktu solat, maka 1/24 jam kita dinilai sebagai lalai. Lebih malang lagi, jika setiap waktu terlewat, semakin besar nisbah lalai kita di sisi Allah. Sekiranya masuk waktu, dan terus menunaikan solat, maka waktu yg selepasnya itu dikira sebagai waktu yg sentiasa mengingati Allah. Cuba kira berapa nisbah hitungan lalai kita dalam hari ini, minggu ini, dan bulan ini.

Kata suami lagi memberi contoh.

"Tengok ayah, kalau dia buat kerja macamana pun mesti dia berhenti bila masuk waktu solat.."

"Tengok Tok Guru (Nik Aziz). Kalau ke mana-mana, benda pertama yg dia akan tanya dulu pada drivernya, nanti kita akan solat di mana."

Tok Guru, siap pesan lagi pada driver dia, setiap setengah jam sebelum waktu solat, kena berhenti di mana-mana masjid.

Dan saya teringat, ibunda kepada artis terkenal. Suka ayah saya melihatnya, bersedia awal sebelum masuk waktu solat. Awal lagi telah dihamparkan sejadah utk bersolat. Mukanya cerah bersih, sejuk mata memandang walaupun usianya telah mencecah 70 tahun. Subhanallah. Cahaya orang yg menjaga solatnya.

Subhanallah.
Betapa besar impak solat di dalam kehidupan kita. Padanya ada masa yang berkat. Padanya ada hidup yg nikmat.

Semoga kita semua tergolong dikalangan mereka yg bertaqwa dan beramal soleh. Sentiasa meletakkan akhirat di hadapan tanpa meninggalkan dunia. Dan tidak meletakkan dunia di hadapan, jauh melupakan akhirat, negeri yg kekal abadi.

Wallahu A'lam.

Baytul 'Ulya, Irbid Jordan.
1933 hrs | 26 Okt 2015


Read More...

Tuesday, 27 October 2015

Tabung Sedekah Jumaatku

Teks: Emme Marina Mohamad

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera semua,


( Alquran  Surah Al Baqarah Ayat 267 )

Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebagian dari HASIL USAHAMU YANG BAIK-BAIK dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan JANGANLAH KAMU MEMILIH YANG BURUK-BURUK lalu kamu nafkahkan dari padanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memicingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahwa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.


Kebesaran Sedekah pada Hari Jumaat





Sedekah pada hari apa pun sangat utama. Namun, khusus pada hari Jumaat, Allah memberinya pahala “lebih”, apalagi pada bulan Ramadhan, hari Jumaat merupakan hari yang utama dalam Islam, lebih utama lagi hari Jumaat dalam bulan Ramadhan. Ada gabungan keberkahan dari keduanya – Jumaat dan Ramadhan.

“Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat waktu mustajab. Bila seorang hamba muslim melaksanakan solat dan berdoa kepada Allah nescaya akan dikabulkan…” (Muttafaqun ‘Alaih)

“Sesungguhnya sedekah pada hari Jumaat itu memiliki kelebihan dari hari-hari lainnya. Sedekah pada hari itu dibandingkan dengan hari-hari lainnya dalam seminggu, seperti sedekah pada bulan Ramadhan jika dibandingkan dengan seluruh bulan lainnya.” (Ibnul Qayyim, Zadul Ma’ad)

“Dan sedekah pada hari itu (Jumaat) lebih mulia dibanding hari-hari selainnya." (HR Ibnu Khuzaimah, Mauquf Shahih). Wallahu'alam.


Tabung Sedekah Jumaatku


Sedekah jumaatku merupakan program mingguan yang dianjurkan oleh ATJ.

Keterangan Tabung Sedekah Jumaatku
Sumbangan: RM5 / RM 10
Jenis sumbangan: Minuman dan makanan
Penerima Sumbangan: Masjid Khalid Al Walid
Admin 1: Emme Marina - 0189100852
Admin 2: Rohsamila - 0192314480


Penyumbang boleh bersedekah mengikut kemampuan dan sebanyak mana yang disukai. Untuk urusan audit kami, sila wassap/sms bukti sumbangan kepada admin kami iaitu Puan Emme di 018-9100852.

Untuk sumbangan secara online, bolehlah tag "tabung jumaat" supaya sumbangan sedekah anda dapat disalurkan kepada tabung yang betul.

 



   


Aktiviti Sumbangan Dermaan Anda


Kami ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua kerana tanpa derma anda aktiviti ini tidak akan berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, setiap minggu kami dapat dermakan minuman dan makanan ringan buat jemaah-jemaah solat jumaat. Semoga rezeki anda semua diberkati dan dipanjatkan usia untuk terus bersedekah. Aminn














Buat masa ini, kami masih mengekalkan minuman iaitu vitagen, manakala makanan bertukar-tukar. Adakalanya pisang, mee hoon, nasi, jika rezeki lebih in shaa Allah kami dapat berikan makanan yang lebih baik. Buat masa ini juga, dermaan tabung sedekah jumaat hanya mampu menanggung sebuah masjid, mudah-mudahan pada masa hadapan kelak kita dapat payung lebih banyak jemaat solat jemaah. amin



Read More...

Saturday, 24 October 2015

Amal till Jannah (ATJ) Medium Sedekah Anda. Salam Perkenalan!

Assalamualaikum w.b.t,

Salam sayang dan salam perkenalan buat para pembaca sekalian. Terima kasih atas kesudian bersama kami selama ini. Menyokong dan membantu kami merealisasikan badan kebajikan ini atas nama Amal till Jannah (ATJ). Semoga segala sumbangan yang kita telah sumbangkan diterima Allah. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima. Harapan kami agar kita semua sentiasa diberikan payungan oleh Allah supaya dapat terus memberi.






amaltilljannah



Amal till Jannah (ATJ)

Apa sebenarnya yang dilakukan oleh pihak Amal till Jannah? 

Amal till Jannah (ATJ) merupakan satu medium kepada rakyat Malaysia khususnya untuk kita menyampaikan sedekah kita buat orang-orang yang memerlukan. ATJ memayung anak-anak yatim, warga asnaf, pesakit-pesakit kronik, lawatan ke hospital serta wakaf-wakaf yang boleh kita sumbangkan mengikut kemampuan kita masing-masing. 

Sedikit pengenalan mengenai Amal till Jannah;

1) Misi ATJ: Membantu anak-anak yatim,tahfiz, umah org tua, fakir miskin, pesakit kronik, gelandangan, asnaf serta golongan yang memerlukan.

2) Objektif - Mendidik diri mendekati Allah swt dan Rasulullah saw melalui saluran sedekah


3) Matlamat Masa Depan - Meluaskan pelbagai program dakwah dn kerohanian di pelbagai daerah dan negeri serta melibatkn dari kanak-kanak hingga warga emas melalui program yang bakal dirancangkan.


4) Harapan - Harapan utama ATJ ialah untuk melihat kejayaan umat Islam dlm pelbagai bidang khasnya dr segi ekonomi,sosial dn politik dgn mengutamakan prinsip dan syariah Islam. Semoga ATJ menjadi medium bagi umat Islam menyalurkan sedekah, ilmu serta tenaga dalam mencari redha Allah swt.

Program Tabungan Mingguan/Bulanan ATJ

 
a) Tabung Sesuap Rezeki Anak Yatim RM20
b) Tabung Wakaf Quran RM20
c) Tabung Wakaf Kerusi roda RM10
d) Tabung Kit Tahfiz RM10
e) Tabung Ziarah/Kebajikan Pesakit RM10
f) Sedekah Jumaatku RM5/RM10
g) Tabung Pesakit Kronik
h) Tabung zakat asnaf


Untuk menyatakan sokongan anda terhadap Amal till Jannah (ATJ) anda juga boleh sertai Group Facebook ATJ -->  https://www.facebook.com/groups/supportATJ/


Read More...