Friday, 27 November 2015

Sedekah Jumaat dan Sesuap Rezeki Anak Yatim

Alhamdulillah, kali ni kami berkunjung ke Masjid Terengganu, Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin,Kuala Terengganu  pula bagi meneruskan aktiviti amal setiap hari jumaat kami. Tabung sedekah jumaatku ialah satu program di mana kami menyediakan makanan dan minuman percuma buat ahli jemaah solat jumaat.

Sedekah buat anak yatim juga dibuat pada hari yang sama. Alhamdulillah, dapat melihat sekitar Terengganu sambil membuat amal jariah. Untuk sumbangan sedekah anak yatim, kami hulurkan buat 3 buah keluarga di kawasan berhampiran. Semoga kunjungan kami minggu ini mmbri kebahagiaan dan kegembiraan buat anak-anak syurga ini.

Walaupun hujan turun tapi ia tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan aktiviti amal jariah pada setiap hari jumaat ini.




Read More...

Tuesday, 24 November 2015

Akhlak kita dalam kehidupan seharian.

Firman Allah Taala dalam surah as soffat ayat 24 yang bermaksud iaitu "tahanlah mereka (di tempat perhentian) sesungguhnya mereka akan ditanya".Kita sering kali di momokkan dengan pelbagai berita atau kisah-kisah yang sensasi yang mana ia boleh membawa kepada kebaikkan atau sebaliknya.Pada kali ini suka penulis ingin berkongsi tentang keadaan semasa yang mana menuntut kita agar berakhlak dalam kehidupan kita.

Firman Allah Taala dalam surah al hujurat ayat 10 yang bermaksud "sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua-dua saudaramu(yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah Taala agar kamu mendapat rahmat"

Dewasa ini kita sering kali mendapat iklan tentang sumbangan dan permohonan sedekah dari sesebuah institusi mahupun perseorangan.Melalui kuasa internet yang terbentang depan mata memungkinkan kita untuk memudahkan segala urusan yang berkaitan dengan kehidupan.Dengan kuasa 'viral' dalam aplikasi facebook,whatssap,instagram,weechat,twitter dan sejumlah aplikasi yang canggih pada zaman sekarang secara tidak langsung mendidik kita supaya ada sifat amanah dalam diri kita .

Mengapa penulis mengatakan sedemikian rupa??berdasarkan ayat 10 surah al hujurat kita dituntut supaya memperbaiki hubungan kita sesama islam .Bak kata pepatah buang yang keruh ambil yang jernih.Pepatah ini amat sinonim dalam kalangan masyarakat kita supaya dengan kaedah amalan bersedekah atau infaq sebagai contoh dapat melahirkan kasih sayang antara saudara seislam dan merapatkan silaturahim secara tidak langsung.

Firman Allah Taala dalam surah al hujurat ayat 6 "wahai orang-orang beriman!Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa sesuatu berita,maka telitilah kebenarannya,agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kobodohan yang akhirnya membawa kepada penyesalan"

Baru- baru ini kita dikejutkan dengan berita tentang sebuah sekolah tahfiz yang memerlukan sejumlah wang untuk meneruskan kelangsungan para pelajar serta tenaga pengajar.Maka setiap sudut ceruk kawasan heboh memperkatakan tentang berita tersebut sehingga memaksa 'orang awam' menjadi penguatkuasa dalam menentukan kes ini.Hal ini menjadi "pemanis mulut" dikalangan kita tanpa usul periksa dan kaji selidik yang mendalam. Dan ternyata sesuatu berita itu akhirnya terserlah juga kebenarannya.Dimana sekolah tahfiz tersebut tidaklah menjadi bahan cerita semata-mata setelah "cahaya kebenaran"sudah terbit.Tidakkah ayat ke 6 surah al hujurat telah menggariskan disiplin yang tinggi bagi orang beriman dalam mendepani berita-berita sedemikian??
tepuk dada tanyalah iman kita.

Firman Allah Taala dalam surah qaf ayat 18"tidak ada sesuatu perkataan yang diucapkan kecuali ada disisinya malaikat pengawas yang mencatat"

Mulut dan kata-kata tidak dapat dipisahkan sama sekali.Ia seumpama lagu dan irama,akan tetapi disebalik nikmat tersebut terselit maksud tersirat yang menuntut kita supaya menjaga anggota ini dari dosa.Ini kerana hanya dengan mulutlah kita boleh masuk ke dalam syurga Allah dan dengan mulutlah tidak mustahil kita akan dihumban ke dalam neraka.Oleh itu suka penulis ingin ingatkan diri yang dhoif ini serta para pembaca agar kita menjaga anggota ini supaya kita tidak tergolong ke dalam golongan yang rugi dimana ia akan terkunci di akhirat kelak bagi membolehkan anggota pancaindera lain yang bersaksi atas perlakuan kita semasa di dunia dulu.

Untuk akhirnya marilah kita bermuhasabah diri kita ini.Ingatkah kita kepada kisah imam malik ketika ditanya tentang khabar beliau.Apa yang beliau jawab??sesuatu jawapan yang membuatkan kita hampir menangis apabila mengenangkan jawapan tersebut.Imam malik menjawab sejurus orang bertanya tentang khabar beliau 'DALAM KEADAAN UMUR YANG SEMAKIN BERKURANG DAN DOSA YANG SEMAKIN BERTAMBAH'

Ingatlah wahai pembaca sekalian "tahanlah mereka(ditempat perhentian)sesungguhnya mereka akan ditanya".Maksud ayat 24 surah as soffat.


Read More...

Tabung Pesakit Kronik Puan Noriah (Barah Tulang)

Teks: Amaltilljannah
Foto: Amaltilljannah

Alhamdulillah, sukacita kami melancarkan kutipan dermaan buat seorang ibu kita, Puan Noriah binti Hamzah. Beliau telah disahkan menghidapi penyakit kronik ini sejak tahun 2010 lagi, sudah 5 tahun penyakit ini dideritai beliau. Semoga Allah menempatkan beliau dalam golongan orang-orang yang bersabar.

Kutipan tabung pesakit kronik yang dianjurkan oleh pihak kami, Amal till Jannah (ATJ) bertujuaan untuk membantu Puan Noriah bagi menanggung kos rawatan perubatan dan ubatan rawatan kanser yang ditanggungnya. Kami menyeru agar orang ramai dapat memberikan sumbangan seikhlas mungkin kepada tabung pesakit kronik kami. Setiap sumbangan kami adalah amat kami hargai.

Kami sertakan sedikit maklumat mengenai pesakit kita, Puan Noriah, beliau merupakan ibu tunggal dan memiliki 6 orang anak. 1 masih bersekolah, manakala yang lain tidak berjaya menamatkan sesi persekolahan kerana faktor kewangan. Tinggal di sebuah kampung dan menyara kehidupan dengan mengambil upah sambilan di kampung, namun atas faktor usia yang sudah lanjut dan kesihatannya, beliau tidak dapat menyara anak-anak serta dirinya lebih-lebih lagi tanggungan perubatan yang amat tinggi. Oleh kerana inilah, kami amat menghargai dan memerlukan bantuan dari pelbagai pihak.




Untuk sumbangan dermaan anda

silalah menderma kepada pihak kami




Urus setia (admin): Puan Zurina
No tel: 018 266 0953
ATAU

Puan Rohsamila
No tel: 019 231 4480

TAG "TBG PESAKIT"

BANK AKAUN RASMI ATJ

MAYBANK 
5121 8334 0641
ROHSAMILA BT YUNUS





Terima kasih

Mohon tabung ini anda sharekan kepada rakan-rakan dan keluarga agar kita dapat bantu segera pesakit kronik ini.


Read More...

Monday, 23 November 2015

Program Kit Kasih Persekolahan Bagi Sesi Tahun 2016

Teks: AmaltillJannah
Foto: AmaltillJannah

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat ilahi atas segala rezeki dan pemberian dari Nya. Di dalam sebuah buku Ustaz Fathuri Salehuddin ada menyatakan "Milik kita belum tentu rezeki kita dan di dalam rezeki kita terdapat padanya rezeki orang lain" yakni dalam apa yang kita kerjakan dan usahakan demi kekayaan diri kita bukan semuanya akan menjadi hak milik kita. In shaa Allah, ada rezeki anda buat anak-anak yatim dan asnaf di dalam program kami.

Cuti sekolah telah bermula sejak hari sabtu yang lepas, tanggal hari jumaat 20 November 2015 merupakan hari terakhir persekolahan di Malaysia namun tidaklah bererti kita tidak boleh memanfaatkan cuti sekolah ini dengan sia-sia. Masih ramai lagi anak-anak yang memerlukan bantuan anda bagi sesi persekolahan yang akan datang.

Sukacitanya kami melancarkan program "KIT KASIH BAGI ANAK-ANAK YATIM DAN ASNAF".

Sumbangan KIT KASIH ini akan disumbangkan kepada 200 anak-anak yatim dan asnaf bagi membantu mereka melanjutkan pelajaran pada sesi 2016 khususnya.

Keterangan mengenai KIT KASIH

Di dalam pakej KIT KASIH (RM 70) ini terkandung:

1. Beg sekolah
2. Peralatan alat tulis
3. Pencil case
4. Stokin
5. Baju Sekolah
6. Kasut sekolah

Untuk menyalurkan derma anda, dermalah seikhlas mungkin atau boleh terus menaja 1 anak yatim atau asnaf sebanyak RM 70/kit dan Tag "KIT KASIH" semasa pembayaran di buat. Ini memudahkan pihak kami supaya dapat menyalurkan sumbangan anda kepada tabung yang betul.



TAG KIT KASIH

NO AKAUN

Bank Islam
1212 2010 0201 66
Amal till jannah

Maybank
512183340641
Roshamila bt Yunus

NO TEL: 0192314480 (Puan Rohsamila Bt Yunus)
EMEL: amaltilljannah@gmail.com

Read More...

Tuesday, 17 November 2015

Program Gelandangan 2015

Teks : AmallTillJannah
Foto : AmalTillJannah


Alhamdulillah, Amall Till Jannah sudah melancarkan Program Gelandangan 2015 bermula dari 11 November - 12 Disember 2015.

Bantu kami untuk bantu mereka..insyaAllah hanya 100 kit (Makanan,Minuman,Buku Mini) kami perlukan untuk misi Kit Prihatin Bersama Asnaf ini.

Pada pembaca yang budiman, dermawan dan ingin menjadi Jutawan dunia dan akhirat jom infaq ke Tabung Amal Till Jannah..insyaAllah


Semoga Amal Kita Kekal k Jannah..amin2 Ya Rahman..

KIT PRIHATI ASNAF 
RM20 
atau seikhlas hati




sedekahkan sumbangan anda ke 

"TABUNG ASNAF GELANDANGAN" ATJ


Maybank : 512183340641 (Pn. Rohsamila Yunus)

SMS Transaksi : 0192314480

Email : amaltilljannah@gmail.com


THE POWER OF SEDEKAH

Tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima


 ''Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah swt pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takabur dan membangga diri dari pemberianNya" (Bukhari)









Read More...

Friday, 13 November 2015

Kebahagian Memberi Sedekah

Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul :

"Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut...jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! Hehe...".

Guru yang alim dan bijak itu menjawab :

"Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yang susah. Kamukan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang itu? Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana respon tukang kebun itu?"

Pemuda itu terpegun dengan usulan gurunya, bersetuju dan segera berjalan untuk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut.

Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon.

Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40an, bajunya basah dengan peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat barangan yang tinggalkan.

Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba keluarkan, bila dilihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah, dia terpegun. Ada beberapa keping dalamnya!!

Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya hampir-hampir pucat melihat wang yang lebih banyak!!

Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya.

Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang di sekitarnya..mungkin nak bertanyakan sesuatu.

Beliau mendapati dirinya keseorangan.

Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis. Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah Ar-Razzaq (Pemberi rezeki).

"Aku bersyukur kepadaMu, Ya Allah, Tuhanku.

Wahai Yang Maha Mengetahui, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa-apa pun hari ini.

Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteri-isteri dari kecelakaan ini ya Allah".

Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari Allah Yang Maha Pemurah.

Murid tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihat. Air matanya meleleh tanpa dapat dibendung.

Guru yang bijak terus bersuara :

"Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia dari mengusik orang lain dan lucu melihat orang yang kehilangan barangan?"

Pemuda itu segera menjawab,

"Hari ini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang baru aku faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku :

"Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil".

Gurunya melanjutkan :

"Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam :

1. Memafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas dendam, adalah suatu pemberian.

2. Mendoakan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.

3. Berusaha untuk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.

4. Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya adalah satu pemberian lagi.

Ini semua adalah pemberian dari Allah supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang berada sahaja. Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai anakku!.

Semoga bermanfaat.

sebarkan
c/p

https://telegram.me/imkk2015

Semoga perkongsian ini dapat memberi erti dalam hidup anda. Alangkah bahagianya jika kita juga dapat memberikan kegembiraan kepada mereka yang memerlukan? Mari bersedekah dan berinfak.

Amal till Jannah.


Read More...

Thursday, 12 November 2015

Tabung Wakaf Kerusi Roda

Teks : Amal Till Jannah
Foto : Amal Till Jannah



Alhamdulillah hujung minggu lepas selesai penghantaran kerusi roda kepada salah seorang penerima yang memerlukan bantuan. Kerusi roda tersebut telah disampaikan oleh salah seorang Wakil ATJ kepada penerima.

Syukur Ya Allah semoga dengan pemberian kerusi daripada Badan Amall Till Jannah ini dapat memudahkan lagi pergerakan beliau.





Sehari selepas menerima kerusi tersebut, beliau telah menghantar wsapp kepada wakil ATJ yang membuat menyerahkan kerusi tersebut. Alhamdulillah semoga memberi inspirasi baru kepada pesakit.



Kepada sesiapa yang  memerlukan bantuan Kerusi roda boleh berurusan
dengan  ATJ
(ADMIN PUAN ROHSAMILA 019-2314480)



TABUNG WAKAF KERUSI RODA
“ HANYA RM10 @ SEIKHLAS HATI”
PROGRAM ISTIQOMAH SETIAP BULAN


 
BANK ISLAM (12122010020166 – AMAL TILL JANNAH)
MAYBANK (512183340641 – PN ROHSAMILA YUNUS)
Tag “TABUNG WAKAF KERUSI RODA’’ untuk transaksi
Admin (PN ROSHAMILA 019-2314480)
Read More...

Sunday, 8 November 2015

Kisah Kepentingan dan Keutamaan Sedekah Sehingga Yang Mati Juga Mendambakannya

Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)

��✏KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?

������Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)

����✏Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?

����✏Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."

������Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.

������Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh.

������Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.

������Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah.

������Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?

1⃣✏Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga

2⃣✏Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan

3⃣✏Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4⃣✏Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5⃣✏Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6⃣✏Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.

7⃣✏Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8⃣✏Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)

9⃣✏Sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

��✏Sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya

1⃣1⃣✏Orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia.

1⃣2⃣✏Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)

1⃣3⃣✏Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar

1⃣4⃣✏Org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa.

1⃣5⃣✏Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

1⃣6⃣✏Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

1⃣7⃣✏Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

1⃣8⃣✏Bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.

1⃣9⃣✏Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

2⃣0⃣✏Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

2⃣1⃣✏Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

2⃣2⃣✏Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.

������Dan sebaik2 sedekah skrg ini ialah menyebarkan msj ini dengan niat bersedekah.

������Kerana setiap org yg "copy paste" msj ini, pahalanya adalah utkmu juga, in syaa Allah.

Read More...

Pengertian dan Kepentingan Zakat, Infak dan Sedekah

Dalam kehidupan ini kita sering kali membuat sesuatu pekerjaan hanya didorong dengan nafsu semata-mata.Ini dibuktikan apabila sejumlah dari kalangan kita sering merasa tidak cukup dalam perbelanjaan seharian kita,malahan ada yang mengeluh dan yang paling bahaya sekali apabila kita menyalahkan takdir.

Apabila ini berlaku maka seharusnya kita bertanya kembali kepada diri kita dan merenung kembali tentang perihal diri kita kenapa hal demikian terjadi pada diriku. Mengapa aku tidak menjadi seperti orang lain dengan limpahan harta sehingga membolehkan mereka mengeluarkan sedekah mahupun infaq kepada golongan yang memerlukan. Tidakkah kita ingin seperti mereka diluar sana untuk menyumbang sedikit pemberian demi untuk kesenangan mereka. Maka disinilah penguasaan ilmu perlu ada dalam diri kita supaya kita tidak ketinggalan dalam menjalani kehidupan dunia yang semakin mengecil dengan teknologi moden.

Pada kali ini suka penulis ingin mengetuk hati para pembaca sekalian tentang perkara yang paling asas sekali dimana ia sebagai titik permulaan dalam menerokai nikmat ilmu itu sendiri iaitu apakah maksud sedekah ? apakah maksud zakat mahupun infaq?

1)Sedekah menurut pakar-pakar agama ialah infaq,zakat dan semua kebajikkan yang bukan dalam bentuk material.Pandangan ini berdasarkan kepada sabda rasullah saw iaitu:

"setiap tasbih,takbir,tahmid dan tahlil adalah sedekah.perbuatan yang mendorong kepada kebaikkan,mencegah keburukkan dan menyalurkan nafsu kepada isterinya juga adalah sedekah"(hadis riwayat muslim)

2)Zakat menurut pengertian Imam Nawawi menyatakan zakat mengandungi makna kesuburan malahan dapat diertikan sebagai subur dan suci.Dan dari segi hukum zakat beerti kewajibban atas harta ataupun sejumlah harta untuk golongan tertentu pada waktu tertentu.

dalam al quran surah at taubah ayat 103 yang bermaksud "Ambillah zakat daripada harta mereka untuk membersihkan dan menyucikan mereka dan berdoalah kepada mereka.Sesungguhnya doamu itu( menumbuhkan) ketenteraman jiwa bagi mereka.Allah maha mendengar lagi maha mengetahui"

3)Infaq menurut pakar-pakar dan ahli agama iaitu ia lebih luas berbanding zakat.Ini kerana infaq mengeluarkan harta termasuk zakat dan bukan zakat.

Ada 2 jenis infaq iaitu infaq wajib seperti zakat,kafarah,nazar dan sebagainya.
infaq sunat seperti infaq kepada golongan miskin sesama islam,infaq kemanusiaan dan sebagainya.
Dalam hal ini Abu hurairah ade meriwayatkan hadis dari rasullah saw iaitu

"Setiap hari apabila para hamba allah masuk pada waktu pagi pasti ada 2 malaikat yang turun.Satu diantara kedua-duanya berdoa Ya allah berikan balasan kepada orang yang berinfaq,manakala malaikat yang satu lagi berdoa Ya allah berikan kerugian kepada orang yang tidak mahu berinfaq"( hadis riwayat muslim)

Inilah benda yang paling asas yang harus ada dalam diri kita. Penguasaan ilmu pengetahuan sebagai penyuluh kehidupan dengan didasari al quran dan hadis nubuwwah. Maka jadikanlah setiap nilai harta kita samaada kecil atau besar , kita sedekahkan kepada mereka yang memerlukan. Ini dapat merapatkan jurang antara si miskin dan si kaya.

Read More...

Friday, 6 November 2015

Sedekah Jumaat 6.11.2015 di Masjid Khalid Al walid


Teks: Amal till Jannah
Foto: Amal till Jannah

Alhamdulillah.

Hari ini kami masih berjuang amal saham akhirat dalam program Amal till Jannah berbekalkan amanah sedekah anda semua.

Hari ni untuk jemaah solat jumaat di Masjid Khalid Al Walid. Kita sediakan 250 cupcakes dan 250 vitagen. Buat kelainan di setiap minggu.

Mungkin bukan si bapa yang makan, tapi anak-anak yang menunggu kepulangan di rumah. Mungkin juga saudara gelandangan kita yang bertamu di Masjid hari ini. Rezeki mereka. Sesungguhnya memberi rezeki kepada mereka yang memerlukan juga suatu amal jariah yang besar pahalanya.

Pernahkah anda mendengar kisah berkahnya memberi sedekah walaupun sekadar makanan? Begini kisahnya.

Tersebutlah seorang ibu solihah. Beliau memiliki seorang putra yang menjadi tulang punggung keluarga. Di rumahnya yang penuh keterbatasan, sang ibu menunggu kapan putranya pulang. Dia pergi melakukan safar yang jauh. Hingga sang ibu putus asa, sementara sisa makanan tinggal cukup beberapa hari.

Suatu hari sang ibu sedang bersiap untuk menyantap makan siangnya. Ketika beliau mengambil suapan pertama dan siap untuk dilahap, tiba-tiba di depan pintu ada pengemis yang meminta makanan. Beliaupun tidak jadi melanjutkan suapannya. Beliau menaruh suapannya dan menyerahkan satu porsi makanan itu ke pengemis. Sehari itu, sang ibu menahan lapar.

Ternyata selang beberapa hari, tibalah putranya yang lama dia nantikan. Mulailah dia bercerita tentang kejadian yang luar biasa kepada ibunya,

Ada kejadian luar biasa yang aku alami. Setelah beberapa hari saya melintasi jalur di daerah tertentu, tiba-tiba keluar seekor singa. Sehingga akupun memegang erat punggung keledai yang aku naiki. Namun singa itu menyerang keledai. Dan kuku singa itu telah mengoyak jaket yang aku bawa, baju dan jubahku. Ketika cakarnya menghantam badanku, saya tercengang dan hampir hilang ingatan. Singa inipun membawaku dan menyeretku ke belukar yang tidak jauh. Dia bersiap untuk mengoyakku.

Tiba-tiba saya melihat orang berbadan besar, wajah dan bajunya putih, datang dan langsung memegang singa tanpa senjata. Dia naik dan pergi menghilang.

Ketika itu, orang besar tadi mengatakan: ‘Berdirilah wahai singa, satu suapan dengan satu suapan.’ Singa itupun berdiri dan lari meninggalkanku.

Akupun mencari lelaki itu, dan aku tidak berhasil menemukannya. Saya duduk menenangkan diri di tempat itu dan kembali mengambil bekal makananku. Akupun memperhatikan badanku, ternyata tidak ada satupun yang terluka. Kulanjutkan perjalanan, hingga aku bisa menyusul rombongan. Mereka sangat terheran melihat kejadian yang kualami. Namun saya kebingungan, apa makna ‘satu suapan dengan satu suapan.’

Mendengar ini, sang ibu memahami. Karena kejadian itu bersamaan dengan peristiwa saat beliau memberikan sedekah makanan. Beliau tidak sempat menelan satu suap, dan diberikan kepada orang yang membutuhkan. Dengan itu, Allah selamatkan anaknya dari ‘suap’ singa.

[Kisah ini disebutkan oleh At-Tanuji dalam kitab: Al-Faraj ba’da As-Syiddah]

Dari kisah di atas, menunjukkan bahawanya setiap amalan sedekah ini berkait dengan orang di sekeliling kita. Walaupun sesuap nasi, walaupun sebiji cupcakes. Jika orang itu memerlukan dan mendoakan mereka yang memberi. Allah itu maha mendengar lagi maha pemberi. Dialah Zat. Walaupun mungkin bukan Allah balas sedekah kita pada diri kita, tetapi mungkin rezeki suami atau isteri, ibu bapa atau anak-anak. Kejayaan, kekayaan, jodoh dan kesihatan semuanya ialah rezeki yang Allah turunkan buat kita. In shaa Allah.

Ikhlas dan niatlah kerana Allah taala.

Berbalik pada program kami hari ini. Semoga dengan sedekah anda semua, kita memperoleh rezeki yang lebih luas dan dirahmati Allah hendaknya. Amiin


Cupcakes pelbagai pilihan buat tamu Allah di Masjid Khalid Alwalid hari ini. Bertuah para isteri mendapat pahala ganjaran suami ke masjid. Sambil-sambil dijamu dan meraikan sedekah dari ATJ hari ini.

Syukur.

Hari ini hari jumaat, sudahkah anda bersedekah?


Read More...

Thursday, 5 November 2015

Hairul Raffique Derita Sakit "Kaki Gajah" Berbisnes bagi Menampung Perubatannya serta Ibu tercinta

Assalamualaikum, sekadar perkongsian..

Bagi jemaah yang perlukan service utk design & printing, boleh hubungi saudara Hairul Raffique. Beliau mengambil tempahan design/printing utk menampung kos perubatan sebelah kakinya yang besar. Dalam diuji dengan penyakit, beliau juga gigih membantu ibunya yang sakit.   Boleh hubungi beliau: 017-3398947 (FB: Hairul Raffique Asraf Azman). Bersama2 kita membantu.. In shaa Allah..

Pagi ini juga saya terbaca ibunya sedang koma di icu.. Moga Allah mudahkan urusan adik ini.. Aameen..

Bagi sesiapa yang ingin hulurkan bantuan, boleh hubungi terus no tertera di atas ya.

Semoga Allah merahmati perjuangan adik Hairul. Hanya Allah sahajalah yang mampu membalas jasanya kepada ibu tercinta.

Kita doakan agar adik Hairul tabah dan sentiasa berada dalam lindungan Allah s.w.t


Read More...

Aktitivi Bakal Dianjurkan oleh Amal till Jannah

Teks: Amal till Jannah

Alhamdulillah. Walaupun dalam kesibukan bekerja seharian, aktiviti di ATJ tetap dijalankan dan semoga kami mendapat sokongan yang terus menerus daripada kalian semua.

Mari lihat senarai aktiviti yang bakal menyusul tidak lama lagi. Jika berminat untuk sertai program atau dermaan boleh hubungi pihak kami ya.

��UPDATE 5 November

Program yg akan mnyusul:

1)Jamuan khas akhir tahun Anak2 Yatim Annajjah 8hb Nov

2)Sumbangan Kit Tahfiz Sentul-November

3)Sumbangan wakaf kerusi Roda-November

4)Projek Amal -Cendawan Tiram @Rumah Anak Yatim

5)Program Kit Prihatin Gelandangan-cuti sekolah

��Program bulanan-berjalan seperti biasa
-Sesuap Rezeki Anak2 Yatim
-Sedekah Jumaatku
-Tabung Wakaf Kerusi Roda
-Tabung Wakaf Quran/Iqra
-Tabung Kit Tahfiz
-Tabung Tajaan Umrah
-Tabung Masjid
-Tabung Zakat/Asnaf
-Tabung Misi Kemanusiaan

Untuk sedekah atau infaq; melalui pindahan online jemaah boleh tag "Tabung ........." seperti yg diniatkan..

Jika CDM (cash deposit machine) mohon wasapkn details transaksi pd sy ye untuk rekod...terima kasih atas kerjasama jemaah semua..��

Mohon gunakan akaun seperti di bawah..

��BANK ISLAM��
��1212 2010 020166 AMAL TILL JANNAH


��MAYBANK-CURRENT��
��5121 8334 0641 ROHSAMILA YUNUS

terima kasih yg tak terhingga buat semua jemaah yg terlibat dlm program2 AMAL TILL JANNAH..hanya Allah yg akan memberi sebaik2 ganjaran
JAZAKALLAHUKHAIRAN KASIRA


Read More...