Tuesday, 29 December 2015

Badges Untuk Sukarelawan ATJ

Teks: Amal till Jannah
Foto: amaltill jannah

Alhamdulillah..

Berita baik buat sukarelawan ATJ, persiapan badges sebagai tanda penghargaan kami kepada semua sukarelawan sudah siap.

Lawakan design badges ATJ?

Terima kasih diucapkan buat designer amal ATJ iaitu saudari Fida. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi dan jasanya.

Header blog ATJ juga disediakan oleh saudari Fida.

Mari sertai kami sebagai sukarelawan ATJ


Read More...

Friday, 25 December 2015

Kit Asnaf Gelandangan

Teks : Amal Till Jannah
Foto : ATJ 



PROJEK ASNAF GELANDANGAN (KIT AG) AMAL TILL JANNAH
.
.
RM10 untuk kit selimut
.
RM10 untuk kit solat (kain sarung/kain batik, sepersalinan)
.
RM 10 untuk kit alas kalis air
.
HANYA RM30 untuk KIT AG
.
Sudikah sahabat-sahabat membantu kami untuk memberi sedikit keselesaan kepada asnaf gelandangan ini.
.
Pasti seronok jika kita dapat melihat sedikit sinar kegembiraan yang terpancar di wajah-wajah mereka.
.
Jom bantu kami untuk bantu mereka. Kami perlukan lebih 100 KIT AG.

Siapa yang mahu bersama kami team AMAL TILL JANNAH untuk membantu mereka.

Saya tahu, semua sahabat saya di sini pasti boleh bantu kan???


Terimaksih semua sahabat. Semoga Allah jua yang merahmati usaha kita

Read More...

Wednesday, 23 December 2015

Bantuan Dari Badan Amal Till Jannah

Teks : Amal Till Jannah
Foto : ATJ

 
Alhamdullilah.

Terima kasih kepada Puan Rosya, pengasas ATJ yang membantu menyalurkan sumbangan mereka yang menyumbang untuk Nur Rahmah bagi kelengkapan bayi.

Semoga urusan puan ini di permudahkan olehNYA dan selamat melahirkan permata hatinya pada bulan Mac nanti.

Saya masih mendapat whatsap dan PM dari mereka yang mahu menyumbang lagi.

In shaa Allah, sumbangan anda masih boleh di salurkan terus ke Wangsa Maju.
‪#‎atj‬

 ***************************************************
Ini kisah Adik Nur Rahmah yang kami kongsi di facebook dan fanpage Amal Till Jannah 


.
 
Assalammualaikum.
Baru sebentar tadi saya menghubungi adik Nur Rahmah yang memerlukan bantuan kelengkapan baby untuk bersalin pada bulan 3 tahun hadapan.

Mengikut kata Nur Rahmah, beliau telah di halau dari rumah pada bulan 10 yang lepas akibat tidak dapat membayar sewa rumah di sebabkan suaminya menghilangkan diri.
Selain daripada anak yang di kandungkan sekarang, beliau juga mempunyai 4 orang anak yang lain berumur antara 1 tahun sehingga 4 tahun.

Anak-anaknya yang lain juga tidak mempunyai baju selain baju yang sempat di ambil ketika keluar dari rumah sewa tersebut.

Sekarang, beliau menumpang di rumah makcik di Kajang. Seminggu rumah makcik A, seminggu rumah makcik B sehinggalah permohonan untuk mendapatkan rumah di luluskan oleh pihak zakat.
Sehubungan itu, saya dan team Amal Till Jannah akan mengumpul kelengkapan barangan baby tersebut dan di serahkan kepada beliau pada minggu ini.

Untuk anda yang ingin turut sama menyumbang, boleh turut menyumbang sumbangan anda kepada saya di Wangsa Maju (please PM saya),atau yang jauh boleh menyumbang wang ringgit dan kami tim ATJ akan membeli kelengkapan-kelengkapan tersebut.

Kelengkapan-kelengkapan yang akan di beli :
+ Minyak bayi
+ Barut
+ Kain bedung
+ Pampers
+ Stokin / sarung tangan
+ Selimut
+ Botol susu
+ Baju NB
+ Susu (untuk anak nya yang berumur 1 hingga 4 tahun)

Mohon PM Puan Anys Idayu Zakaria untuk maklumat no akaun (sumbangan wang).

Terima kasih.

 
Read More...

Sunday, 20 December 2015

Sukarelawan Kit Prihatin Gelandangan Diperlukan

#SUKARELAWANDIPERLUKAN

Alhamdulillah..hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk program khas AMAL TILL JANNAH bersama Asnaf Gelandangan ini..

👉insyaAllah Program akan diadakan pd 25 Disember 2015😊

PROJEK ASNAF GELANDANGAN ( KIT AG ) AMAL TILL JANNAH .

RM10 KIT SELIMUT ( BLANKET ) .

RM10 KIT SOLAT ( KAIN SARUNG /KAIN SOLAT ) .

RM10 KIT ALAS KALIS AIR .

HANYA RM30 UNTUK KIT AG .


Mohon share jika ada yg berniat utk menyumbang..tima kasih

#SUKARELAWANDIPERLUKAN

👉pada yg berminat utk bersama2 ATJ waktu pengagihan KIT ASNAF GELANDANGAN ..bolehla pm/wassap sy Puan Rosya 0192314480

Atau Admin Program Gelandangan Pn Anys Idayu (017-7912993)

Lokasi: Sekitar IbuKota/Puduraya
✏Tempat dan masa berkumpul saya akan update kemudian ye..tima kasih

📱sijil penghargaan akan disediakan bg yg menyertai program ini😊😊

📱Mohon panjangkan nama penuh dan ic pd admin pn rosya jika ada yg berminat utk sertai kami pada tarikh tersebut..tima kasih


Read More...

Wednesday, 16 December 2015

Wakaf Kerusi Roda

Teks: Amal till Jannah
Foto: Amal till Jannah


Alhamdulillah..

Pihak ATJ  baru sahaja berjaya mendapatkan sebuah kerusi roda untuk diwakafkan bulan Disember ni..insyaAllah Jumaat minggu ini pada 18 Disember,pihak ATJ akan hantarkan kerusi roda ini kepada wakil jemaah kita d kajang supaya disampaikan dan diwakafkan kpd pesakit OKU di Kuala Pilah..

Semoga kita sama-sama terus istiqamah membantu saudara kita yg lain..ada bbrp kes oku yg masih mnunggu kerusi roda. InsyaAllah sama-sama kita sharing setiap kebaikan semoga semuanya mndapat kebaikan yg sama..insyaAllah


Program Wakaf Kerusi Roda di ATJ merupakan salah satu program bulanan. Jika kalian berminat untuk berwakaf di tabung ini bolehlah terus isikan pada borang sumbangan kami ya.

Sekian, semoga bertemu lagi.


Read More...

Program Keusahawanan ATJ

Saya sangat-sangat cadangkan suri yang terlibat dengan bisnes tidak kira secara online ataupun offline, ambil tahu tentang aliran kewangan bisnes kalian. Walau kalian tidak membuat kerja-kerja mengemaskini akaun tetapi kalian mesti ambil tahu aliran masuk dan keluar. Jika kita lepas tangan pada rakan kongsi ataupun orang lain, kebarangkalian untuk kalian ditipu amat cerah. Sudah ada dua tiga rakan yang berkongsi pengalaman kepada saya.
.
.
Bertindak sekarang sebelum terlambat. Bunyi macam remeh tetapi ia adalah langkah keselamatan.
Antara tips penting yang sering diingatkan oleh trainer:
.
.
Duit bisnes adalah duit "Perniagaan".
Duit personal adalah duit "SENDIRI"
+ Jangan sesekali dicampur-adukkan duit Bisnes dengan duit "Personal".
+ Jangan Gunakan duit Bisnes untuk kegunaan Personal
+Jangan gunakan duit Personal untuk kegunaan Bisnes.
Kadang-kadang bukan orang luar yang curi tetapi kita sendiri yang curi duit bisnes kita sendiri.
.
.
Kalau setiap hari ambil 5 sen, lama-lama untung entah ke mana, rugi memanjang. Tengok jualan memanjang beribu-ribu tetapi bila buat "balancing" akaun, rupa-rupanya tidak pernah untung. Nak salahkan siapa?
Nampak remeh tetapi setiap sen yang mengalir menentukan untung rugi sesebuah bisnes.
.
Alhamdulillah.
Pendaftaran kelas asas akaun sudah dibuka:
[Kelas asas akaun bulan DISEMBER 2015]
Kelas Asas Akaun secara ONLINE - 2 tempat lagi.
Tarikh: 20/12/15 Ahad
Yuran : RM 150.00
Masa: 9.30pg - 12.30tgh
Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order

Bagi yang berminat boleh pm direct ke inbox AMAL TILL Jannah


****************************************************************

Insya Allah tahun 2016 ATJ akan buka satu ruangan beriklan untuk usahawan dan jemaah ATJ.

Tujuan kami untuk membantu meningkatkan ekonomi ummat Islam supaya lebih ramai dapat manfaat dan kebaikan.


Insya Allah nanti kami akan update info terkini untuk Program Usahawan ATJ 
Read More...

Tuesday, 15 December 2015

Info Terkini Program ATJ

Teks : Amal Till Jannah

Sedikit info updated:
1. InsyaAllah esok sy akan ambil sijil2 pgram ibadah korban/akikah d kemboja yg ada sdkit delay krn msalh komputer..maaf lmbat atas sebab tersebut..nanti sy akan poskn kpd jemaah2 yg terlibat..

2. Minggu ini sy akan buat persiapan utk Kit Kasih Anak Yatim..agihan bermula pd 20hb Dis..

3. Program Sedekah Jumaat/sesuap rezki/wakaf quran/wakaf kerusi roda/kit tahfiz (mingguan/bulanan) adalah seperti biasa

4. Mohon jemaah membuat bayaran utk Jualan Amal BackPack yg ditempah..pm sy alamat utk pos kecuali mereka yg amik COD..tima kasih
(Nanti sy akan listkan nama..mohon jemaah letakkn warna beg yg diminati..sama ada Merah atau Biru)

5. Jutaan terima kasih pada pihak yg telah mebuat bayaran Wakaf bg Buku Keajaiban Allah Tempat Meminta..saya terima bg pihak ATJ..dan akan diagihkan dan diwakafkan kpd anak yatim/asnaf/tempat yg memerlukan..alhamdulillah..syukur pada Allah..jarang kita dapat offer dr penerbit buku..insyaAllah Allah nk bg ganjaran besar buat kita tu..

6. jutaan terima kasih juga pada semua sukarelawan yg terlibat dlm semua program amal till jannah..tidak lupa pd pihak yg turut mengviralkn risalah2 amal ATJ..ini adalah kejayaan semua pihak dengan izin drNyatahniah

7.bersempena Maulidur Rasul pd 24hb Disember..insyaAllah ATJ akan lagi sekali menziarahi gelandangan utk sumbangan Kit Solat (pelikat +baju sembahyang) ,blanket dan tikar kalis air..kempen bermula dr 14 Dis hingga 24 Disember..poster kempen sdg didraft..info ringkas dlu ye..

8.mohon juga doa dr para jemaah untuk kerja2 urusan perancangan Wakaf Masjid/Tahfiz/sek agama/pusat komuniti ummah yg bakal direncanakan d sekitar Tg. Bidara, Melaka berjalan lancar..sy akan cuba usahakan yg terbaik..Allah jua yg sebaik2 penentu..semoga kita sama2 dapat menyumbang untuk projek wakaf mega ini..insyaAllah..nantikan update dr saya setelah pbincangan selesai..sy juga amat mengalu2kan pihak jemaah yg pernah terlibat sec lansung/tdk lansung dlm program sebegini utk memberikn pandangan dan tunjuk ajar kpd pihak ATJ khasnya utk sama2 membangunkan pusat ibadah komuniti setempat..insyaAllah

Cukup sekadar itu..maaf mngambil masa yg pjg utk jemaah semua mbacanya

Jazakallahukhair..

.
Salam perjuangan Fillah
Rosya

Read More...

Monday, 14 December 2015

Kit Kasih Anak Yatim dan Asnaf lagi beberapa hari sahaja lagi

Alhamdulillah.. Satu lagi program akhir tahun ATJ iaitu kit kasih anak yatim dan asnaf telah mencapai 100 kit.

Target kami sebanyak 200 kit, masih ada sedikit masa. Harapan masih tinggi. Manalah tahu ada esok lusa tambahan lagi buat anak-anak yatim ini.

Doakan ya.


Read More...

Program WAKAF BUKU "KEAJAIBAN ALLAH TEMPAT MEMINTA"

Program WAKAF BUKU "KEAJAIBAN ALLAH TEMPAT MEMINTA" -RM6 senaskah edisi penuh (harga Asal RM18)

Pd jemaah yg nk mewakafkan BUKU TERSEBUT boleh mula isikan nama dan jumlah naskah yg ingin diwakafkan..bayaran utk BUKU TERSEBUT apabila kuantiti minimum 100 buah naskah telah dicapai..baru layak utk mendapat harga RM6 senaskah..(dr pihak Penerbit buku)

Sila isikan nama dan jumlah naskah di bawah..copy n paste..tima kasih

*buku2 yg diwakafkan ini akan diberikan kpd warga gelandangan/rumah anak2 yatim/asnaf yg memerlukan.

Bagi jemaah yg ingin memiliki buku ini boleh juga submit order..bezanya nt jemaah cuma perlu mnambah kos pengeposan buku k alamat masing2harap maklum tima kasih

NAMA ------JUMLAH NASKAH

1.Jumma (6 wakaf +1 sendiri)
2.Emme Marina (5 buah) - 1 sdri
3. Norsulisa Musa (6 buah ) - 1 sdri
4. Rosyamila (10 buah)
5. Siti zaharah (6 buah) - 1 sendiri
6.ahmad fahmi ishak-(20 buah)
7.Hamba Allah- (100 buah)
8. Lin- (5 wakaf)
9.intan - (5 wakaf) & (5 sendiri)                          10.rahiela (5 wakaf ) 2 sndr

Buat masa ini sebanyak 168 buah buku telah ditempah.

Bagi pembaca yang inginkan untuk berwakaf dan memiliki buku ini untuk diri sendiri. Mohon terus menghubungi kami di talian tertera di gambar ye.

Tempahan wakaf buku ini dibuka sehingga diberitahu ya.


Read More...

Sunday, 13 December 2015

Kit Prihatin Asnaf 11 Disember 2015

Teks: Amal till jannah
Foto: Amal till jannah

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi atas kesihatan dan cuaca yang baik semasa kami menyempurnakan aktiviti program "kit prihatin asnaf" bagi gelandangan pada 11 Disember 2015. Juga merupakan antara program penghujung kami pada tahun 2015. Buat pengetahuan pembaca dan followers ATJ, ini merupakan program gelandangan yang ketiga dilancarkan. Pertama kali kami lancarkan program ini semasa bulan Ramadhan dan keduanya atas permintaan dan keprihatin warga ATJ ingin berkongsi kemeriahan hari raya bersama-sama warga gelandangan.

Mereka merupakan masyarakat yang patut kita dekati, disamping menjadi iktibar dan pengajaran buat kita sebagai hamba Allah yang bernasib baik. Kerana tidak seperti mereka, kita diberikan rezeki yang lebih, mendapatkan tempat berteduh yang jauh lebih selamat dan dapat dipanggil sebagai "home sweet home" sedangkan mereka... Tinggal dan tidur di lorong kedai beralaskan kotak sebagai tilam, pakaian yang kotor dan kebersihan diri yang tidak terjaga. Ini baru bab fizikal atau luaran yang kita nampak. Dari pandangan sudut sebagai orang yang beragama Islam. Agaknya bagaimana mereka menyempurnakan diri mereka sebagai hambaNya? Atas sebab inilah kami mahu sentiasa mendekatkan diri kepada mereka, bukan sahaja diberikan bantuan seperti makanan, pakaian atau alas tidur yang lebih baik tetapi juga makanan kepada hati mereka. Kerna walau siapa pun juga kita, kepada Allah jua kita kembali.. Bagaimana diri kita hari ini, beruntungkah atau bernasib malangkah bukanlah ukuran kepada Allah. Yang menjadi ukuran ialah bagaimana kita sebagai hambanya mampu melaksanakan perintah Nya dengan baik dan sesempurna mungkin.

Kami turut berterima kasih kepada sukarelawan-sukarelawan yang sudi turun dari jauh untuk turut serta dalam membantu kami menjalankan program ini. Program ini dijalankan pada jam 10 malam tadi berdekatan area puduraya. Kami berkumpul di Mydin puduraya sebelum berjumpa warga gelandangan. Alhamdulillah untuk program ini kami dapat menyiapkan 100 kit bagi 100 orang. Sesungguhnya kita faham bahawa jumlah mereka adalah jauh lebih ramai namun kita tetap berikan sumbangan yang bantuan sebanyak mungkin yang mampu kita berikan buat mereka ini.

Harapan saya buat pembaca entri ini, bukanlah sekadar memberitahu perjalanan kejayaan program  tetapi untuk mengajak pembaca sama-sama muhasabah diri kita agar menjadi manusia yang lebih bersyukur. Bersyukurlah walau sekecil zarah atas setiap nikmat, nafas, atau apa sahaja yang masih ada disekeliling anda. Hargai mereka yang bersama dengan anda susah dan senang, kerna esok lusa kita tidak tahu bagaimana aturan Allah atas hidup kita. Sesunguhnya segala yang kita miliki bukanlah milik kita tetapi pinjaman dari Nya sahaja. Begitu juga dengan warga gelandangan ini, jangan dipandang hina atau jijik, bukan mereka mahukan kehidupan ini. Bantulah sebaiknya, hulurkanlah senyuman atau sumbangan dan bertuturlah sehemahnya. Mereka juga adalah hamba Allah yang menghirup udara yang sama seperti kita. Semoga di lain waktu dapat sertai lagi aktiviti kami bersama warga gelandangan ya?


Banyak lagi gambar yang boleh dikongsikan. Kalian lihatlah bagaimana mereka berteduh. Sedih dan sayu hati kami rasakan. Bagaimana jika hujan menimpa? Dingin malam biasanya kita membaluti diri dengan selimut. Itu pun mengigil dibuatnya. Guruh dan kilat lagi menyentak lena tidur kita bukan?



Saya kongsikan pengalaman dan pengajaran daripada semua ajk yang terlibat dalam program ini. Tiada satu yang diedit, biar kita sama-sama rasa apa yang mereka rasa.

[09:50, 12/12/2015] ATJ rosya: Byk yg kita bole pelajari dan ambil iktibar dr kehidupan mereka

[09:50, 12/12/2015] ATJ rosya: Ada seorg pakcik mgkin kotaknya dh basah..bila dia nmpak sy letak bbrp kotak kosong..cepat2 berlari dtg amik kotak sblm org lain ambil..ya Allah..susah nk gambarkn..bila kita lihat dgn mata sdr..kotak itu terlalu berharga buat mereka

[09:50, 12/12/2015] ATJ rosya: Ada yg berebut2 baju terpakai..masyaAllah..ini br d Malaysia..x perlu kita pergi jauhpun..byk sbnarnya yg patut kita syukuri dgn segala nikmat yg Allah berikan..mudah2an kita semua sentiasa dberikn petunjuk dn hidayah drNya agar sentiasa membantu mereka yg memerlukan..dan sentiasa redha dn bersyukur dgn segala kurniaanNya..insyaAllah

[09:50, 12/12/2015] ATJ rosya: Ada juga yg kesejukan..minta blanket..ini yg x mampu sy nk tahan..sememangnya target asal mmg sy nk belikn utk mereka..cuma kita x ckup dana..tapi insyaAllah sy akan cuba usahakn slps ni..

[09:56, 12/12/2015] ATJ rosya: InsyaAllah..sy dh mula pikir utk kumpulkn blanket..x dpt yg baru pn x pe..jika jemaah ada lebihan blanket yg x digunakan..bole kirim kpd sy ye..sy cuba kumpulkn mana yg ada..skrg musim hujan..mgkin mereka jga kesejukan..

[12:56, 12/12/2015] ATJ rosya: Thanks wani utk gambar2 tu..ya Allah..sebak plk tgokkrn cuba byangkn jika kita dtempt mereka..Allahurabbi..betulla..Allah x memandang harta,paras rupa,pangkat dll..tapi Allah menilai sekeping hati..mungkin hari ni mereka tidak punya apa2..namun mereka masih punya HATI..sama macam kita..semoga kita sama2 doakn semoga HATI mereka tabah dan yang paling penting dberikan kekuatan hidayah olehNya..amin

[13:12, 12/12/2015] ATJ rosya: Satu yg sy puji sikap mereka ini..walaupun mereka ni hidup dn tidur d kaki lima dgn ramai2 mcm tu..mereka x lupa kawan2..dn jrg nmpak ada psengketaan/pgaduhan..bila sy renung balik kbyakan yg blku dlm sesetgh family..kdg2 ada shj ujian2 psengketaan antara adik beradik/jiran ttga/saudara marasbnarnya kita bole fikir knp ia berlaku..mgkin adakalanya dsbabkn harta benda/iri hati dsbgainya..wallahualam..
Tp pd mereka semua tu x wujud..krn mereka x punya apa2..pd mereka semua rakan2 mereka mpunyai nasib yg sama..semoga sdkit sbyk kita dpt amik iktibar..sejauh mana pn kita berada..pokok pangkalnya hati kena sentiasa bersyukur dn redha...insyaAllah..kita akan lbh tenang mghadapi ujian2 kehidupan..

[13:17, 12/12/2015] Atj Ustaz Fahmi Admin Kit Tahfiz: Kita boleh menilai sendiri dari punca semua ni...antara yg sy dpt belajar smlm :

1) kuasa wang zakat tdk dpt disalurkan dgn adil
2) permasalahan ilmu agama dalam.diri( bg org islam)
3) peranan kawan2@ family@ dlm kekeluargaan sudah hilang..dgn kata lain..tdk dpt sokongan dari family.sndiri...

Ini pengamatan sy..yg baru belaja ttg kehidupan di celah jalan2.kotor..

[13:21, 12/12/2015] ATJ rosya: Betul ustaz..kita x perlu megah utk tunjuk hebat d mata dunia..sedangkan rakyat d negara kita sdr diabaikan hak dan keperluan mereka yg benar2 memerlukan..

[13:23, 12/12/2015] Atj Ustaz Fahmi Admin Kit Tahfiz: Sy takut akhirat nti golongan gelandangan ni akan tuntut " hak " dia depan allah...kenapa org islam masih hina dan x menolong mereka ...sdgkan mereka minta kehidupan yg baik..
Bkn minta harta atau pangkat.
Berbeza minta " kehidupan" dan " harta dunia"..

[13:25, 12/12/2015] Atj Ustaz Fahmi Admin Kit Tahfiz: Pada masa itu...ape kita nak.jawab..sdgkan buku amalan sudah di buka..saksi anggota sudah bercakap..malaikat sudah jalankan tugas mncatat amalan baik buruk kita...

[13:38, 12/12/2015] Atj Syazwanie Sox: Sama dengan ape yg akak fikirkan .
Disaat kita mengejar kekayaan tapi kita lupa dengan nasib mereka . kita jauh dengan mereka .

[14:31, 12/12/2015] Atj Syazwanie Sox: Semalam waktu round² area gelandangan akak tgk ade yg kusyuk tengah baca buku MMR ngan ATM .

[14:31, 12/12/2015] Atj Syazwanie Sox: Mereka juga perlukan ilmu juga . semoga lepas ni kita lebih dekat dgn mereka .

[15:46, 12/12/2015] Atj Syazwanie Sox: Semalam kita sediakan 100 pax setiap sorang pun x smpai 5 minit dah kena serbu . x sempat keluar kereta dah ade yg tunggu kat belakang kereta

[15:49, 12/12/2015] Atj Syazwanie Sox: Perasaan sedih sbb ade yg x dpt . x dpt nak gambarkan perasaan waktu tu . cuma ade ade termenung jauh je wktu perjalanan nak balik ke bentong .

[15:50, 12/12/2015] Atj Syazwanie Sox: Kesian tgk dorang makan. Selera sangat m

[15:51, 12/12/2015] ‪+60 16-328 7483‬: Kak Yong mcm tu dng keadaan kesihatan kak Yong alhamdullilah kak Yong dapat pergi dng sokongan anak 2 hero alhamdullilah

[15:51, 12/12/2015] Atj Syazwanie Sox: Wani yg duduk dgn dorang borak² tanye mereka dari mana , ade keluarga ke tak pun tak tahan bau menyegat kat situ . ade yg tggu keluarga . kata nya keluarga nak jemput tapi x dtg² . smpai sakit . ade gambar makcik yg agak berumur wanie masukan dlm group tdi .

[15:52, 12/12/2015] Atj Syazwanie Sox: Ade yg cerita mcm merapu² . hehe . kesian mcm perlukan kasih sayang . ade yg baca buku mmr dan atm dgn kusyuk . smpai ade yg minta sendiri kat ust buku sbb nak baca m mereka juga dahagakan ilmu dan support kita . InsyaAllah next time nak duduk lebih lama dgn mereka .

Jutaan terima kasih kami ucapkan buat sesiapa sahaja yang telah turut membantu kami dan yang telah menyumbangkan derma dalam menjayakan program "kit prihatin asnaf" bersama gelandangan. Atas kesinambungan program ini juga, cadangan untuk menubuhkan satu program bagi mengumpulkan;

1. Selimut
2. Sheet waterproof
3. Baju terpakai
4. Telekung
5. Kain pelikat
6. Buku agama

Akhir kata dari kami, kami juga menyusun jari memohon ampun jika sepanjang program ini ada banyak kekurangan dari pihak kami. Semoga setiap kekurangan ini dapat kami perbaiki di aktiviti-aktiviti masa hadapan. Amin


Read More...

Wednesday, 2 December 2015

Adab-adab zakat dan bersedekah

Dalam kehidupan kita seharian ini kita diberi masa oleh Allah Taala sebanyak 24 jam sehari semalam.Ini bererti nikmat masa dan waktu ini merupakan modal atau peluang kita untuk memperbanyakkan amal ibadah kita.Maka menjadi tanggungjawab dan sifat amanah dalam diri kita ini untuk mengisi masa yang diberi hanya untuk beribadah kepada Allah Taala tuhan sekalian alam.

Pada kali ini suka penulis ingin berkongsi sedikit ilmu dengan pembaca sekalian berkaitan dengan adab-adab atau akhlak dalam bersedekah dan zakat.Seperti sedia maklum ibadah zakat merupakan salah satu perkara asas yang terkandung dalam rukun islam,bahkan ia menjadi pemisah antara hak dan batil bagi seseorang islam.Ibadah sedekah pula merupakan satu ibadah sunat muakkad yang di tuntut oleh semua orang bagi membantu mereka yang memerlukan.

Disini terdapat beberapa adab-adab kita dalam bersedekah atau zakat yang mana sedikit sebanyak boleh membantu kita dalam mencapai kefahaman bagi diri kita .Antara adab-adabnya ialah:

1)Zakat dikeluarkan hanya kerana Allah Taala.
   ~Mengeluarkan zakat mestilah untuk mendapat keredhaan Allah Taala dan bukan kerana untk mendapat sanjungan atau pujian dari orang ramai atas ibadah kita.Ini kerana mereka yang bersedekah atau mengeluarkan zakat dengan tujuan riak atau takbur akan mendapat balasan azab yang pedih dari Allah Taala dihari kiamat kelak.

Firman Allah Taala dalam surah al lail ayat 17-21 yang bermaksud :"Dan sebaliknya akan dijauhkan azab neraka itu daripada orang yang bertakwa.Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya.Sedang ia tidak menanggung budi siapa pun yang patut dibalas.Hanya mengharapkan keredhaan Tuhannya yang maha tinggi.Dan demi sesungguhnya ia tetap berpuas hati pada hari akhirat dengan mendapat segala yang di harapkan "

2)Zakat merupakan kefardhuan.
 ~Mengeluarkan zakat adalah satu kewajibban kepada seluruh orang yang mempunyai harta yang tertentu untuk dikeluarkan kepada mereka yang memerlukan.Anggaplah bahawa harta yang dimilikinya adalah harta daripada Allah Taala yang dipinjamkan untuk sementara waktu sahaja.

Terdapat hadis nabi saw berkaitan dengan hal ini iaitu :Daripada Abu Hurairah radhiallahanhu berkata,Rasullah saw telah bersabda "Seorang hamba berkata "hartaku! hartaku!! dan sesungguhnya baginya daripada hartanya tiga perkara :Apa yang telah dimakan,maka telah melenyapkan,apa yang telah dipakai maka telah menjadi buruk atau apa yang mereka miliki akan mereka simpan.Selain demikian akan hilanglah dan ia akan meninggalkan kepada orang lain"( hadis riwayat muslim)

3)Harta bertambah dengan berzakat atau sedekah.
 ~Tidak berkurangan harta dengan mengeluarkan zakat atau sedekah bahkan ia akan menambah sebagaimana hadis Rasullah saw yang berbunyi:
 Daripada Abu Hurairah radhiallahanhu telah berkata Rasullah saw "Tidak mengurangkan harta dengan bersedekah dan tidak menambahkan allah dengan sebab kemaafan kecuali kemuliaan dan tidak tawadhu seseorang hamba kepada Allah melainkan Allah Taala akan mengangkat kedudukannya".( hadis riwayat muslim dan at tirmizi)

4)Bersedekah walaupun sedikit.
 ~ Memberi sedekah dengan apa yang dimiliki walaupun sedikit.Janganlah kita sesekali memperlekehkan sedekah walaupun jumlahnya amat sedikit sekali.
 Firman Allah Taala dalam surah al zalzalah ayat 7 "Maka sesiapa berbuat kebajikkan seberat zarrah,nescaya akan dilihatkan( dalam buku amalannya)

Hadis Rasullah saw ada mengatakan iaitu maksudnya "Daripada Abu Barzah al aslami radhiallahanhu berkata,Rasullah saw telah bersabda "Sesungguhnya hamba yang bersedekah dengan sedikit roti akan berkembang disisi Allah sehingga menjadi sebesar bukit uhud"( riwayat at tabrani)

5)Memberi sedekah kepada fakir miskin yang soleh.
 ~Digalakkan kita memberi sedekah kepada fakir miskin yang melaksanakan perintah Allah Taala kerana dengan sedekah itu mereka lebih mudah melaksanakan segala perintah Allah Taala.Jangan sesekali kita memberi sedekah kepada mereka yang melanggar perintah Allah Taala dan dengan sebab sedekah kita itu lebih mempermudahkan mereka untuk melanggar perintah Allah.

Daripada Abu Said Al Khudri radhiallahanhu "Sesungguhnya Rasullah saw telah bersabda :Janganlah kamu berkawan kecualilah dengan orang mukmin dan janganlah memakan makanan kamu kecuali oleh orang yang bertakwa.(hadis riwayat ahmad,an nasaie dan abu daud)

6)Mendahulukan kaum keluarga.
 ~ Mendahulukan kaum keluarga dalam bersedekah sekiranya mereka berhajat kepada sedekah kita sendiri.Firman Allah Taala dalam al quran surah al anfal ayat 75 yang bermaksud "Dan orang-orang yang beriman sesudah itu kemudian mereka berhijrah dan berjihad bersama-sama kamu,maka adalah mereka dari golongan kamu.Dalam pada itu orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat setengahnya lebih berhak atas setengahnya yang lain menurut hukum kitab Allah.Sesungguhnya Allah maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Rasullah saw bersabda :Sedekah kepada fakir miskin merupakan sedekah dan sedekah kepada kaum kerabat mendapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan pahala silaturahim ( riwayat ahmad,an nasaie dan at tirmizi)

Sebenarnya masih terdapat banyak lagi adab kita dalam bersedekah dan berzakat.Disini cukuplah kiranya penulis meletakkan sedikit ilmu dari diri ini yang dhoif lagi lemah untuk berkongsi ilmu dengan para pembaca.Semoga dengan ilmu yang sedikit ini dapat menambahkan lagi kefahaman kita dalam kehidupan kita yang berlandaskan syariat Allah. Semoga kita dapat melebarkan "sayap sedekah" kita hasil dari pemahaman bacaan kita .


Read More...