Thursday, 28 January 2016

Projek Mega Wakaf Masjid Alor Gajah Melaka

Bismillahirrahmanirrahim..dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha penyayang..Amal Till Jannah dengan rendah diri menjemput para jemaah semua untuk sama-sama meraih pahala yang berkekalan hingga ke syurga menerusi

👉PROJEK WAKAF PEMBANGUNAN MASJID
KG. BALIK BATU,LOT 2125 MUKIM SG.BARU TENGAH,MASJID TANAH,ALOR GAJAH,MELAKA

👉WAKAF 1 LOT RM50

👉JUMLAH DANA YANG DIPERLUKAN RM1.5 JUTA

insyaAllah saya percaya dalam contact list kita pasti ada lebih 100 friendlist..diharapkan dengan bantuan para jemaah semua untuk viralkan Projek Wakaf Masjid ini bagi pihak AMAL TILL JANNAH dapat merealisasikan impian besar penduduk yang amat memerlukan Rumah Allah sebagai satu tempat ibadah dan program komuniti serta pusat pembelajaran sepanjang hayat.

Pihak ATJ juga amat berbesar hati sekiranya ada jemaah yang bole sama-sama turut terlibat baik secara lansung atau tidak lansung dalam kerja-kerja pembangunan wakaf Masjid ini.

InsyaAllah dalam jangka masa panjang..ATJ ingin membangunkan pusat kelompok bestari dengan membina rumah perlindungan untuk Anak-anak Yatim dan Asnaf, warga emas, gelandangan dan fakir miskin.

Setiap penyertaan Wakaf para jemaah sekalian akan diberikan Sijil Wakaf dan pihak ATJ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat jemaah semua yang turut serta dalam membantu kerja-kerja amal pembangunan Masjid ini.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan..bolehla hubungi wakil pengurusan ATJ iaitu Pn Rosyamila Yunus 0192314480.

👉Bagi sebarang urusan transaksi WAKAF, jemaah boleh terus lengkapkan butiran seperti di bawah;

↘Nama  penuh Pewakaf:
↘Jumlah Wakaf:
↘Alamat:
↘No.Tel:
↘Butiran transaksi:

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

Bank Islam Rasmi Amal Till Jannah ✅1212 2010 020166

Maybank✅5121 8334 0641 (Rohsamila Yunus)

✏tagkan "WAKAF MASJID" dan sms/wasapkan butiran transaksi ke 0192314480 atau emailkan kepada amaltilljannah@gmail.com

***Sila lafazkan/baca niat wakaf seperti di bawah:

✋"Dengan nama Allah, saya mewakafkan duit sebanyak (RM) __________ untuk pembangunan Masjid melalui Amal Till Jannah kerana Allah Taala"

----------------------------------
Dengan itu, saya mewakili pihak Amal Till Jannah menerima wakaf/infaq/sedekah saudara/saudari untuk program pembangunan Wakaf Masjid ini. Hanya Allah berhak membalasnya dengan sebesar-besar kebaikan baik dunia dan akhirat.Semoga Masjid yang akan dibina ini akan menjadi pusat ibadah /dakwah dan pembangunan ummah Islam berkonsepkan 24 jam dengan pelbagai aktiviti yang dapat mengimarahkan masjid baik dari peringkat awal kanak-kanak hingga warga emas..insyaAllah

"Salam Dakwah Fisabilillah"

Pn Rosyamila Yunus (0192314480)
✅amaltilljannah.blogspot.my
✅Fb:amal till jannah


Read More...

Friday, 22 January 2016

Sedekah Mingguan Hari Jumaat, Sesuap Rezeki Anak Yatim dan Sedekah Jumaatku

Assalamualaikum, Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah Jumaat 22 January 2016 atas izin Allah #AmalTillJannah dah sampaikan sedekah anda. Rezeki anak² yatim hari ni nasi beriani ayam dan kek coklat. Makanan yang dihantar ke masjid nasi berlauk 200pax, kek dan puding 60pax, air vitagen 50botol, minggu ni ade yang request maggi goreng jadi kita tambah extra maggi goreng 80pax.

Terima kasih atas istiqamah para jemaah semua untuk  program sesuap rezeki anak² yatim dan sedekah jumaatku pada masjid. Jazakallahukhairan Kasira.

#amaltilljannah
#programsedekahjumaatku
#programsesuaprezekianakyatim


Read More...

Monday, 18 January 2016

11 Fadhilat Sedekah

HEBATnya SEDEKAH/INFAQ

** 1 **
-PANJANG UMUR-
Sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya”
[HR Tabrani]

** 2 **
-ELAK BALA-
Sabda Nabi saw : “Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah” [HR Al-Baihaqi]

** 3 **
-HAPUS DOSA-
Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah menghapus dosa seperti air memadamkan api.” [HR Ahmad, At-Tirmidzi]

** 4 **
-HARTA BERTAMBAH-
Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan berkurangan harta yang disedekahkan, bahkan akan bertambah, akan bertambah, akan bertambah." [HR Tirmizi]

** 5 **
-TAMBAH KASIH SAYANG-
Sabda Rasulullah SAW: "Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) itu adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldimu untuk diisikan ke mangkuk kawanmu." [HR Ahmad]

** 6 **
UBAT SAKIT
Rasulullah SAW bersabda: "Ubatlah penyakit dirimu itu dengan bersedekah." [HR Dailami]

** 7 **
BENTENG HARTA
Nabi SAW bersabda: Bentenglah harta bendamu itu dengan berzakat." [HR Abu Daud]

** 8 **
MENDAPAT SYAFAAT
Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya yang akan menaungi orang mukmin pada hari kiamat kelak adalah sedekah." [HR Thabrani dan Baihaqi]

** 9 **
HILANG MURKA ALLAH SWT
Dari Abu Umamah r.a menukilkan sabda Rasulullah SAW: "Bersedekah secara sembunyi memadamkan kemurkaan Allah SWT." [HR Thabrani]

** 10 **
TINGGI DERAJAT
Allah SWT berfirman: “Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan." [Taubah:20]

** 11 **
PAHALA BESAR
Firman Allah SWT bermaksud: "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih menumbuhkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas(rahmat) kurniaNya lagi meliputi Il mu PengetahuanNya." [Baqarah:261]


Read More...

Sunday, 17 January 2016

Soal Jawab Tentang Sedekah

Teks: Amal till Jannah

ALlhamdulillah. Usrah amal till Jannah semakin ramai. Hari ni ada usrah yang bertanyakan mengenai sedekah beserta hadis dan dalilnya.

soalan cam ni ustaz..
1.bolehkah sedekah tu di sedekahkan kepada ahli keluarga sendiri?
2.kalau sedekah tu berupa wang di gunakan untk membayar makan  kawan kawan bagaimana ustaz?
Sedekah ialah pemberian harta kpd org miskin,org yg memerlukan atau pihak yg berhak menerima sedekah..

Jawapan:
Dalil sedekah dalam al quran :
1) surah al baqarah ayat 261,262,263,264,265
2) surah al.imran ayat 92
3) surah at taubah ayat 60
4) surah al baqarah ayat 215
5) surah as saba ayat 39

Dalil sedekah dari hadis nabi saw :
1) sedekah dpt menghapuskan kesalahan spt air memadamkan api ( riwayat at tirmizi)
2) tidak akan berkurang harta kerana sedekah ( riwayat at tirmizi)
3) sesngguhnya sedekah itu dpt memadamkan kemurkaan allah taala dan menolak cara mati yg buruk( riwayat at tirmizi)

Manfaat sedekah :
1) memudahkan keturunan
2) meluaskan rezeki
3) menolak bala
4) memyembuhkan penyakit
5) menyelesaikan masalah
Dan pelbagai lagi..

1) kita dibolehkan bersedekah kpd ahli keluarga sendiri sama ada adik beradik..mak atau abah..

Dalil hadis rasullah saw : orang itu berdosa sekiranya mengabaikan org yang harus diberikan nafkah ( hadis riwayat muslim dan abu daud)

2) hukumnya harus andai kita sedekah dlm bentuk wang utk.kawan2....ini juga di anggap sedekah dan kita akan.mndapat 2 pahala...( pahala sedekah dan silaturahim)...

Anda punyai soalan?
In shaa Allah boleh tanya kami..

Emelkan soalan anda kepada amaltilljannah@gmail.com

Semoga ketemu lagi

Assalamualaikum


Read More...

Saturday, 16 January 2016

Sumbangan Warga Asnaf Di Alor Setar, Kedah

Teks: Amal till Jannah

Alhamdulillah, pihak kami dapat lagi menghulurkan bantuan kepada seorang warga asnaf. Walaupun agak kurang update di blog, namun aktiviti sedekah dan sumbangan tetap dijalankan seperti biasa. Terima kasih juga buat saudari sebagai wakil ATJ kerana sudi menyampaikan sedikit sumbangan kepada makcik .


"assalam...harini saya dh jalankan amanah dr amal till jannah untuk seorg makcik dan anak yg oku di anak bukit alor  setar...makcik ni tinggal di dlm kontena kecik bersama anak laki dia...keadaan terlalu panas dan sempit...
mkcik ni dihalau dgn tuan rumah yg dulu sbb lewat jelaskan sewa....diorg tinggal di sebuah kontena milik tauke cina.."

semoga lebih ramai dapat bantu makcik ini untuk menjalakan hidup lebih selesa dan lebih baik bersama anaknya.



Read More...

Monday, 11 January 2016

Perlantikan Sukarelawan AJK Tertinggi Bagi Amal till Jannah.

Assalamualaikum jemaah ATJ sekalian,

Bermula tahun 2016, kami di barisan ATJ telah merancang pelbagai aktiviti dan program yang bakal melibatkan kerjasama kalian semua di sini. Terutamanya ahli-ahli grup usrah amal till jannah. ☺☺

Kalian adalah pemacu dan peneraju segala aktiviti yang bakal dilaksanakan oleh amal till jannah. Syukur alhamdulillah kerana terpilih menjadi barisan hadapan pembangunan ATJ.

Antara program mega yang bakal ATJ laksanakan ialah:
1. Pembangunan Masjid di Melaka di mana memerlukan dana sebanyak RM 1 Juta dan target kami ialah selama 6 bulan selepas pelancaran program.
2. Program umrah di mana kami bakal mengutip dana bagi menanggung insan yang tidak berkemampuan bagi mengerjakan umrah di tanah suci.

Program teamworking yang memerlukan khidmat kalian

1. Tabung mingguan dan
bulanan ATJ

2. Event-event yang bakal dilaksanakan mengikut keadaan@adhoc

3. Perlantikan biro /admin yang bertanggungjawab pada sesuatu program atau tugasan cthnya biro usahawan,biro blog & IT,biro dakwah dan kebajikan,biro aktiviti & kempen , biro penasihat & undang2 dan lain2 yg akan diwujudkn dr masa ke masa..

4. Perlantikan Ketua perwakilan bagi jemaah ATJ mengikut daerah dan negeri untuk pembangunan aktiviti dan program amal d qariah masing2..

Group wassap ATJ akan menjadi platform interaksi antara ajk-ajk ini manakala channel tele amal till jannah sebagai medium follower jemaah ATJ.

Dengan itu, sukacita saya maklumkan bagi jemaah yang mahu berganding bahu bersama barisan hadapan ATJ untuk melengkapkan borang ringkas di bawah dan diberikan kepada saya ya. Boleh ya?

Borang keahlian AJK Sukarelawan ATJ:
Nama Penuh
No tel
Negeri/ Daerah
Pekerjaan:
No kad pengenalan

Sila pm saya personal supaya rekod ini dapat saya rekodkan dan mengelakkan kekeliruan serta menjaga butiran peribadi kalian.

Syukur alhamdulillah. Amal till jannah mara sebagai medium ummah. Sokongan kalian semua amat kami hargai.

Emme Marina Mohamad
Setiausaha Amal till Jannah
0189100852


Read More...

Sunday, 10 January 2016

Merasa Cukup

Tiga fasa yang melucukan dalam kehidupan.

1. Di umur Remaja
Kamu miliki masa + tenaga
Tapi kamu tidak mempunyai harta.

2. Ketika fasa bekerja
Kamu miliki harta + tenaga
Tapi kamu tidak mempunyai masa.

3. Ketika fasa usia warga emas
Kamu miliki harta + masa

Tapi kamu tidak mempunyai tenaga

Inilah kehidupan...

Ketika dianugerahkan sesuatu kepada kamu

Diambil sesuatu yang lain dari kamu

Kite selalu percaya kehidupan orang lain lebih baik daripada kita

Orang lain pula percaya kehidupan kita lebih baik daripada mereka...

Semua itu terjadi kerana kita kehilangan sesuatu yangg penting dalam kehidupan kita dan ia adalah :
(Qanaah : Merasa Cukup)

Jika kita ingin tahu kedudukan kita di sisi ALLAH,

Perhatikanlah kedudukan ALLAH dalam hati kita.😔

"Semoga urusan kita hari ini diberkati dan dipermudahkan InsyaAllah"
.
Salam asar 
.
‪#‎Amaltilljannah‬
Read More...

Thursday, 7 January 2016

Perbetulkan niat kita..

Dalam kehidupan seharian, kita tidak terlepas dari melakukan sesuatu yang diluar jangkaan.Samaada jangkaan yang baik mahupun sebaliknya.Allah Taala dengan limpah kurniaNYA memberi kepada kita pelbagai jenis nikmat yang mana kita sendiri sudah tidak mengira betapa banyaknya nikmat tersebut.Disini suka saya ingatkan diri saya serta pembaca sekalian supaya merenung sejenak,adakah kita melakukan segala ibadah ini kerana Allah atau sebaliknya??

Dalam kitab hadis Imam Nawawi rahimullah ade menukilkan sebuah hadis  yang dimuatkan dalam karya agung beliau iaitu "kitab al wafi ".

Daripada amirul mukminin abu hafs Umar bin Al Khattab radhiallahanhu berkata :Aku telah mendengar Rasullah saw bersabda iaitu "Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap orang itu akan memperolehi apa yang diniatkan.Maka barangsiapa (niat)hijrahnya kerana Allah Taala dan RasulNYA,maka hijrahnya itu adalah untuk Allah dan RasulNYA dan barangsiapa hijrahnya untuk maksud dunia,maka ia maksudnya itu akan terpenuhi atau kerana seorang wanita maka ia akan mengahwininya.Oleh yang demikian hijrahnya adalah berdasarkan kepada maksud apa hijrah itu lakukan"( hadis riwayat bukhari dan muslim)

Berdasarkan hadis disebutkan tadi,maka suka atau tidak kita perlu menjaga niat kita dalam setiap amal perbuatan kita.Ini lah bezanya antara ibadah dan adat yang kita wajib mengetahui bahawa setiap amalan yang yang kita hendak lakukan bermula dengan niat malaikat kiroman katibin telah mencatat untuk buku amalan belah kanan kita.Tidakkah itu sebagai "bonus" buat kita sebagai seorang muslim.Betapa untungnya kita dilahirkan sebagai seorang islam diatas muka bumi Allah Taala ini.

Selepas kita sudah memperbaiki niat kita,seharusnya kita mengenal pasti apa perkara yang menjadi keutamaan untuk kita lakukan dalam masa 24 jam.Ingatlah kata-kata Saidina Ali karamallahu wajha"Masa itu umpama pedang sekiranya kita tidak menghargainya nescaya ia akan memotong kita".Dalam bab ini sekali lagi kita belajar tentang satu ilmu berkaitan dengan masa iaitu solat fardhu 5 waktu.

Dalam bab ini seperti sedia maklum solat memainkan peranan penting dalam segenap aspek kehidupan kita.Disini suka ingin penulis meletakkan asas pengurusan masa hanya dalam waktu solat 5 waktu.Dimulai dengan solat fardhu subuh sehinggalah solat fardhu isya.Disinilah periority kita dapat melakukan sesuatu gerak kerja dimana kita seharusnya bijak dalam bahagikan masa dalam melakukan sesuatu perkara yang manfaat.

Disinilah penekanan yang sering disebut dalam al quran dalam surah al insyirah ayat 7 dan 8 yang bermaksud " Maka apabila engkau telah selesaikan sesuatu urusan maka tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain (7)Dan hanya kepada tuhanmu engkau berharap(8)"

Lihatlah para pembaca sekalian bagaimana Allah Taala meletakkan asas keutamaan atau periority dalam kerja kita seharian.DIA ingin mendidik jiwa kita supaya tidak buang masa atau menangguhkan sesuatu kerja hanya kerana godaan yang tidak sepatutnya.

Dan yang terakhir sekali setelah kita melakukan kerja atau amalan yang kita buat,maka seharusnya kita bertawakal kepada Allah Taala.Itulah sebaik-baik tempat kembali.Ingatlah kembali sirah Rasullah saw ketika dalam peperangan badar dimana tentera islam seramai 313 orang manakala orang kafir seramai 1000 orang berperang dipadang pasir ketika bulan ramadhan tahun ke 3 hijrah.Apa yang Baginda saw lakukan ??baginda berdoa dan memohon doa kpd DIA dan bertawakal 100% untuk perjalanan syiar islam dibumi madinah ketika itu.

Untuk akhirnya saya ingatkan diri saya dan pembaca sekalian,peliharalah niat kita.Pastikan kerja yang kita lakukan hanya kerana Allah Taala dan bukan kerana pujian dunia.Ini kerana hanya amalan kerana Allah sahaja yang melayakkan kita masuk dalam syurga Allah Talla.Buatlah segala gerak kerja kita untuk tahun 2016 dan seterusnya  dengan bersungguh-sungguh ,serta jadikan ia sebagai "kredit akaun" kita untuk akhirat kelak.Bertepatan lah dengan nama NGO kita ini "Amal Till Jannah" membawa maksud amalan sehingga ke syurga.




Read More...

5 Tips Rajin Berdoa

Orang yang paling rapat dengan Allah ialah orang yang paling banyak berdoa.

Tapi kenapa kita malas nak berdoa?

Sedangkan Allah dah bagi jaminan yang Dia confirm makbulkan doa kita! Kalau tak sekarang, mungkin di syurga!

Saya nak share tips supaya rajin doa!

1) Ambil sehelai kertas, listkan apa yang kita nak dalam hidup ni. Contohnya nak bahagia duina akhirat, kelapangan masa, murah rezeki, diampunkan dosa, ketenangan hati, kebahagiaan keluarga, rumah besar, kereta besar, bijak, isteri solehah, suami hensem dan sebagainya. Ambil masa untuk duduk, renungkan hidup, tanya pada diri, apa aku nak dalam hidup ni. Senaraikan wishing list kat sehelai kertas. Mungkin berpuluh, mungkin beratus.

2) Bawa kertas tersebut setiap kali solat

3) Tiap kali habis solat, doa dan minta pada Allah apa yang ada dalam senarai tersebut, cakap Melayu pun tak pe, jangan risau Allah faham apa yang kita ucapkan. Jangan pula doa pelik-pelik seperti doa minta tumbuh sayap, doa boleh terbang, doa ada superpower!

4) Jangan lupa adab dalam berdoa seperti mengadap kiblat, tadah tangan, merendah diri, memulai doa dengan memuji Allah dan selawat pd Rasulullah dan sebagainya

5) Sentiasa bersangka baik dengan Allah

Kadang-kadang kita malas berdoa sebab kita tak faham apa yang kita doakan, tapi kalau kita faham hakikat berdoa. Confirm kita berdoa sungguh-sungguh. Sebab doa itu senjata orang Mukmin!


Read More...

Friday, 1 January 2016

Aktiviti Sedekah Jumaatku di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah

Teks: Amal till Jannah
Foto: Amal till Jannah

Alhamdulillah program sedekah jumaat pada tahun baru ini berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah untuk sedekah jumaat jemaah di masjid sultan haji ahmad shah hari ni .

Nasi berlauk , air dan kuih .

Semoga kita dapat istiqomah dalam mengerjakan program mingguan kita dan lebih banyak masjid dapat didermakan.

Seronok bukan?
Walaupun cuma RM5 sumbangan sedekah anda, ianya sangat bernilai di sisi Allah.

Mari kita sedekah lagi minggu hadapan pula.


Read More...

Kit Sedekah Jumaatku Permulaan Sedekah Tahun Baru 2016

Subhanallah, Alhamdulillah syukur terimaksih Allah.

  🌹🌹Bertemu lagi kita di hari jumaat. Antara program tabungan ATJ ialah sedekah jumaatku di mana sedekah dan sumbangan anda ini bakal disumbangkan kepada masjid-masjid terpilih khasnya buat jemaah solat jumaat.🌹🌹

.
KIT SEDEKAH JUMAATKU ini ditukarkan kepada bentuk makanan dan minuman buat para jemaah solat jumaat.

Saya nak ajak semua sahabat  TAMAK PAHALA JOM SAMA-SAMA BERSEDEKAH di hari jumaat yang mulia dan penuh keberkatan.

.

💖 TABUNG SEDEKAH JUMAATKU sempena Tahun Baru 2016 💖

RM5 @RM 10 KIT SEDEKAH JUMAATKU

# MAKANAN
# MINUMAN

SAHABAT BOLEH DI SALURKAN KE AKAUN AMAL TILL JANNAH .

👉 Akaun semasa pengurus ATJ - MAYBANK 512183340641
(ROHSAMILA YUNUS )

👉 Akaun rasmi ATJ berdaftar BANK ISLAM 12122010020166
(AMAL TILL JANNAH )

[Tag : KIT JUMAAT. Dan maklum pd admin AG untuk tujuan rekod  - Pn Emme Marina 0189100852]

.
Jom tolong KAMI DARI AMAL TILL JANNAH untuk sponsor 1 KIT JUMAATKU, HANYA RM5@RM10 SAHAJA

Jom BANTU VIRAL, SEBAR, DAN LIKE SUPAYA LEBIH RAMAI DAPAT MENYUMBANG.😊😊😊



Read More...