Perlantikan Sukarelawan AJK Tertinggi Bagi Amal till Jannah.

Share:

Assalamualaikum jemaah ATJ sekalian,

Bermula tahun 2016, kami di barisan ATJ telah merancang pelbagai aktiviti dan program yang bakal melibatkan kerjasama kalian semua di sini. Terutamanya ahli-ahli grup usrah amal till jannah. ☺☺

Kalian adalah pemacu dan peneraju segala aktiviti yang bakal dilaksanakan oleh amal till jannah. Syukur alhamdulillah kerana terpilih menjadi barisan hadapan pembangunan ATJ.

Antara program mega yang bakal ATJ laksanakan ialah:
1. Pembangunan Masjid di Melaka di mana memerlukan dana sebanyak RM 1 Juta dan target kami ialah selama 6 bulan selepas pelancaran program.
2. Program umrah di mana kami bakal mengutip dana bagi menanggung insan yang tidak berkemampuan bagi mengerjakan umrah di tanah suci.

Program teamworking yang memerlukan khidmat kalian

1. Tabung mingguan dan
bulanan ATJ

2. Event-event yang bakal dilaksanakan mengikut keadaan@adhoc

3. Perlantikan biro /admin yang bertanggungjawab pada sesuatu program atau tugasan cthnya biro usahawan,biro blog & IT,biro dakwah dan kebajikan,biro aktiviti & kempen , biro penasihat & undang2 dan lain2 yg akan diwujudkn dr masa ke masa..

4. Perlantikan Ketua perwakilan bagi jemaah ATJ mengikut daerah dan negeri untuk pembangunan aktiviti dan program amal d qariah masing2..

Group wassap ATJ akan menjadi platform interaksi antara ajk-ajk ini manakala channel tele amal till jannah sebagai medium follower jemaah ATJ.

Dengan itu, sukacita saya maklumkan bagi jemaah yang mahu berganding bahu bersama barisan hadapan ATJ untuk melengkapkan borang ringkas di bawah dan diberikan kepada saya ya. Boleh ya?

Borang keahlian AJK Sukarelawan ATJ:
Nama Penuh
No tel
Negeri/ Daerah
Pekerjaan:
No kad pengenalan

Sila pm saya personal supaya rekod ini dapat saya rekodkan dan mengelakkan kekeliruan serta menjaga butiran peribadi kalian.

Syukur alhamdulillah. Amal till jannah mara sebagai medium ummah. Sokongan kalian semua amat kami hargai.

Emme Marina Mohamad
Setiausaha Amal till Jannah
0189100852


No comments