Friday, 26 February 2016

Salam Jumaat, Yuk Bersedekah

Assalamualaikum.. selamat pagi

Hari ini, program aktiviti mingguan berjalan seperti biasa.

1) tabung sedekah jumaat
2) tabung anak yatim

update wakaf masjid, dana sudah mencecah hampir rm10k. Alhamdulillah. Namun perjuangan kita masih jauh.
Dana yang diperlukan RM1.5 juta

By lot - 30,000 lot x RM 50/lot
Terkini - 2++ lot telah berjaya diwakafkan.

Sekian, semoga perjuangan amal kita diberkati Allah.

Mari kita sebarkan tentang projek wakaf masjid ini ya. Supaya kita dapat capai dana dan akhirnya dpt membangunkan masjid 24 jam ini di alor gajah, melaka.

Amin ya rabbil alamin



Read More...

Monday, 22 February 2016

Alhamdulillah, Update Wakaf Masjid Sudah Capai 200 Lot

Bismillahirrahmanirrahim..panggilan buat semua saudaraku baik di;

👉Kuala Lumpur
👉Selangor
👉Pahang
👉Terengganu
👉Melaka
👉Negeri Sembilan
👉Johor
👉Perak
👉Pulau Pinang
👉Kedah
👉Perlis
👉Kelantan
👉Sabah
👉Sarawak
👉Labuan
👉seluruh Malaysia..

untuk sama2 menghebahkan dn menyumbang dalam projek Pembinaan Masjid Baru di Kg. Balik Batu,Mukim Sg.Baru,Masjid Tanah, Melaka ini.

Jika kita boleh menghulurkan sumbangan dan infaq buat saudara kita di LUAR NEGARA yg jauh beribu kilometer..insyaAllah jom sama2 kita rebut peluang ini yg ada dalam MALAYSIA sendiri..

Untuk sebarang pertanyaan..boleh hubungi sy Puan Rosya selaku admin bg Pihak Amal Till Jannah 0192314480..syukran

🌱30,000 Lot untuk diwakafkan
🌱200 telah berjaya diwakafkan oleh pewakaf2
Masih berbaki
🌱29,800 Lot wakaf pembangunan Masjid baru


Dengan kuasa Allah, in shaa Allah lagi 29,800 lot wakaf ini boleh kita penuhi. Kami amat berharap dsn berdoa agar pembinaan masjid 24 jam ini dapat dinaikkan. Mari bersama-sama kami sebarkan impian syurga ini.


Read More...

Diary ATJ 21 Feb 2016

Alhamdulillah..
Diary ATJ hari ni 21 Feb 2016; sekitar

Ziarah d Pusat Penjagaan Anak Yatim AnNasuha, Batu Caves,Selangor

Ziarah d Pusat Transit Gelandangan , Bulatan Pahang, Kuala Lumpur..

InsyaAllah nanti kita jumpa lagi untuk event yg akan datang😊

Untuk makluman semua, sebuah bangunan khas buat warga gelandangan telah dibangunkan dan dibuka untuk mereka yang tiada rumah dan tempat penginapan.

Bersyukur sangat-sangat kerana ada hamba Allah yang begitu prihatin

Semoga Allah mengurniakan beliau rezeki dan iman yang tetap. Amin


Di rumah anak yatim alnasuha


Di pusat transit gelandangan, kuala lumpur


Read More...

Diary ATJ 22 Feb 2016

Diary ATJ hari ni..22 Feb 2016

Alhamdulillah bersama dalam Majlis perasmian Rumah Baru Anak2 Yatim dan Asnaf d Darul Fakir, Jalan Kent, Semarak KL😊😊

#ProgramSesuapRezekiBersamaAnakYatim
#MyLoveCharity
#AmalTillJannah

Salam Ukhwah penuh kasih sayang😍

dari semua Sukarelawan dan jemaah Amal Till Jannah😊

amaltilljannah.blogspot.my



Read More...

Thursday, 18 February 2016

-DIARY ATJ 13 FEB 2016-BANTUAN KHAS BANJIR

-DIARY ATJ 13 FEB 2016-BANTUAN KHAS BANJIR

Alhamdulillah..syukur dengan ruang masa dan peluang yg Allah izinkan..sy sempat meninjau dan menghantar sedikit bantuan buat Sek Agama Sri Munawwarah,Durian Tunggal Melaka pd hari ini. Terima kasih pada team jemaah Amal Till Jannah atas semua kerjasama termasuklah dengan info yg diberikan..

InsyaAllah Amal Till Jannah sedang work up untuk bantuan susulan..kerana didapati masih banyak bantuan dan kelengkapan sekolah yg perlu diganti akibat rosak teruk dalam banjir yg agak luar biasa baru2 ini..

Pada jemaah yg pemurah..sudi untuk menyumbang..bolela beruurusan dengan Ustazah Aishah Khalil di talian 0136135205.

Di mana sahaja kita berada..Memberi dan menghulurkan bantuan tidak kira sempadan masa,tempat dan latar belakang..kerana walau apa jua keadaan kita..kita tetap bergantung pada Rahmat dan Rezki dari Allah..kongsilah walau sedikit..yg penting kita bantu untuk perjuangan agama..insyaAllah

Salam Ukhwah Fillah..

#jomCintaiAmalJariah
#bekalanPahalaBuatKita
#AmalTillJannah



Read More...

Diary ATJ @ 14 Feb 2016

Diary ATJ @ 14 Feb 2016

Alhamdulillah utk penyerahan ke2 wakaf kerusi roda bulan Februari..terima kasih Allah atas peluang yg diberikan untuk membantu lebih ramai insan2 yg memerlukan..

Kami masih mempunyai senarai menunggu untuk bantuan kerusi roda..insyaAllah sy dengan rendah hati mengajak saudara2 yg pemurah untuk menyertai program wakaf kerusi roda bersama ATJ.

"Semoga amal ini pahalanya berterusan k jannah..amin"



Read More...

Friday, 12 February 2016

Program Mingguan Sedekah Jumaatku Kini di 3 Buah Negeri

Aktiviti mingguan Amal till Jannah

1 tahun 2 bulan sudah usia amal till jannah. Alhamdulillah, mengorak langkah sedekah jumaat ke 3 buah masjid.

Masjid sultan haji ahmad shah bentong pahang
Masjid tok lebai hashim bukit mertajam penang
Masjid adtec batu pahat johor

Hari ni juga tabung sesuap rezeki anak yatim, tapi kami gantikan dengan anak2 tahfiz. Rumah anak2 yatim yang kami payungi bercuti ke rumah waris masing-masing. Alhamdulillah, ada rezeki buat anak-anak syurga ini.

Mari bersedekah sambil beristiqomah.
Jadikan sedekah amalan harian kita.

Maaf juga saya jarang update. In shaa allah, lepas ni lebih banyak aktiviti akan saya kongsikan bersama ya.

Sedekah tidak akan miskin, ajaibnya lebih kaya dari dahulu😊😊😊



Read More...

Tabung Amal dan Wakaf Amal till Jannah

Teks: Amal Till Jannah

Bismillahhirrahmanirrahim.

Sudah masuk pertengahan bulan Februari. Walaupun adakalanya agak sunyi di blog ATJ. Namun syukur, perjuangan dan aktiviti amal jariah di Amal till Jannah tetap berjalan dengan lancar.

Syukur kerana semakin ramai umat Islam di Malaysia mula sedar akan kepentingan sedekah dan berinfak ke jalan Allah swt. Tidak kiralah sama ada berinfak untuk diri sendiri atau sedang mencari keredaan Allah, dengan memulakan sesuatu yang baik, In shaa Allah, Allah akan mengikut sangkaan baik hamba Nya.

Di Amal till Jannah kami mempunyai 10 tabung khas yang boleh pembaca semua infakkan. Dari anak yatim, wakaf dan bantuan kemanusiaan. In shaa Allah, kita cuba sampaikan bantuan ini kepada mereka yang memerlukan.


Ingat matematik Allah tentang sedekah; yang pastinya 10-1 bukan 9. Ianya boleh jadi;

10 - 1 = 19
10 - 1 = 709

Atau lebih banyak lagi lebih dari yang kita fikirkan. Tolak logik, maka itulah dia keajaiban Allah s.w.t.

Poster-poster tabungan kami masih banyak lagi yang sedang cuba disiapkan. In shaa Allah, kita akan sentiasa update aktiviti dan poster terbaru ya.


Tabung Wakaf Quran / Iqra
Tabung Sedekah Jumaatku
Projek Mega Pembangunan Masjid Baru di Alor Gajah, Melaka

Kekal setia bersama kami di Amal till Jannah ya. Jangan lupa share kepada rakan-rakan mengenai amal till Jannah. Aminn


Read More...

Thursday, 11 February 2016

Jangan Bertuhankan Diri Sendiri

Jangan bertuhankan Diri Sendiri.
.

1. Pada zaman Imam Nawawi, terdapat seorang pemuda yang ingin mencari seorang ulama untuk menimba ilmu agama. Lalu, pemuda berjaya menemui Imam Nawawi dan meminta izin kepadanya untuk belajar daripada Imam Nawawi.

2. Maka Imam Nawawi menerima pemudanya sebagai anak muridnya dan setiap hari, pemuda tersebut belajar dengannya. Sepanjang hidupnya bersama Imam Nawawi, Imam Nawawi tidak pernah bertanya mengenai diri pemuda itu.

3. Pada suatu hari, pemuda tersebut bertekad untuk menceritakan tentang hal dirinya pada Imam Nawawi (IN) kerana sudah lama pemuda tersebut belajar dengan IN tetapi gurunya tidak tahu mengenai diri pemuda tersebut.

4. Maka ditanya pemuda tersebut,

Wahai guruku, kenapa engkau tidak pernah bertanya mengenai perihal diriku sepanjang pembelajaran aku bersama kau selama ini?

Lalu dijawab oleh Imam Nawawi,

Aku hanya gurumu  dan tugasku adalah untuk mengajar ilmu kepada mu. Aku tidak perlu tahu mengenai diri mu, wahai pemuda.

Pemuda itu menjawab,

Aku tetap mahu menceritakan mengenai diri aku dan sejarah hidup ku kepada kamu, wahai Imam Nawawi dan aku ingin bertanya sesuatu.

Maka, Imam Nawawi bersetuju dengannya dan pemuda itu bercerita mengenai sejarah kehidupannya,

Sebelum aku datang berjumpa kamu, aku merupakan pencuri kain kafan di kampung ku. Setiap kali, ada kematian, itulah punca rezeki aku dan aku pasti akan mencurinya selepas selesai pengebumian mayat. Selepas itu, aku akn menjual semula kain kafan tersebut untuk diguna semula. Itulah kehidupanku. Namun begitu, aku sudahpun bertaubat kepada ALLAH dan aku berjanji untuk mencari ulama sebagai satu cara menebus kesalahanku pada masa lalu.

Soalan yang aku ingin tanya kepadamu, wahai guruku ialah sepanjang pekerjaanku sebaga pencuri kain kafan, aku terjumpa satu perkara pelik kepada mayat-mayat yg aku jumpa. Daripada 10 mayat yg aku jumpa, 8 mayat berpaling dari arah kiblat dan 2 mayat berkedudukan ke arah kiblat. Mengapakah 8 mayat itu berpaling daripada arah kiblat?

Setelai Imam Nawawi mendengar persoalan yang ditujukan oleh pemuda tersebut, beliau menjawab,

Sesungguhnya, mayat yg kau jumpa berpaling dari arah kiblat merupakan manusia yang mencampuri urusan pentadibiran ALLAH ketika hidupnya.

Pemuda itu bertanya lagi,

Apakah yg dimaksudkan dengan mencampuri urusan pentadbiran ALLAH?

Imam Nawawi berkata,

Yang dimaksudkan ialah manusia yg merasakan dirinya ialah punca rezeki kehidupannya dan manusia yg lupa untuk bersyukur dengan kuasa yg ALLAH berikan kepadanya. Dengan kata lain, manusia yg bertuhankan diri sendiri.

5. Berdasarkan cerita tersebut, ia menyentuh isu bertuhankan manusia ataupun diri sendiri. Mungkin ramai yg tidak jelas mengenai maksud tersebut. (Bila sebut tuhan manusia, teringat kisah Firaun)

6. Contoh realiti, manusia yang mempertikaikan rezeki yg mereka memperoleh dengan mengatakan usaha mereka lah punca rezeki bukan ALLAH.

Misalnya,

Leman: Malik, jomla kita pergi surau solat jemaah.

Malik: Aduh bro. Tak boleh la. Ade kerja nak buat. Kalau aku tak kerja sapa yg nak bg makan anak bini aku.

Leman: Alah, sekajap lagi buat la. Tak lama pun.

Malik: Solat kt rumah pun boleh. Tak de beze nye.

7. Ini contoh yg dimaksudkan oleh Imam Nawawi (saya terlupa  nama ustaz yg terangkan). Kita lebih mementingkan kerjaya, kerja dan kehidupan manusia daripada ALLAH. (dush dush dush insaf)

8. Contoh lain sangat banyak seperti kerajaan yg tidak mahu turun-turun dengan menggunakan rasuah dan macam2 lagi untuk mengekalkan pemerintahan walaupun rakyat sudah tidak ada kepercayaan kepada mereka.

9. Secara rumusannya, manusia yg bertuhankan diri sendiri ialah manusia yg tidak mempunyai sifat pergantungan dirinya kepada ALLAH dalam kehidupannya. Maka, kawan-kawan jangan kita lupa kepada ALLAH tidak kira waktu senang waktu susah.


Read More...

Wednesday, 10 February 2016

Yakin Dengan Rezeki Allah

Yakin Dengan Rezeki Allah سبحانه وتعالى Asbab Husnul Khatimah

" Allah سبحانه وتعالى tidak akan pernah lupa kepada setiap apa yang Dia Cipta di atas muka bumi dunia ini. Manusia, Haiwan, Tumbuh Tumbuhan, Jin dan apa apa sahaja . Kerana Setiap apa yang Allah سبحانه وتعالى Cipta itu semunya di bawah Pengetahuan Allah سبحانه وتعالى. Jangan risau.

Pernah satu hari Nabiyullah Sulaiman عليه السلام duduk di tepi sungai sambil berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى . Tiba tiba Nabiyullah Sulaiman ternampak ada seekor semut yang berjalan di tepi sungai sambil membawa makanan di mulutnya. Kemudian selang beberapa saat keluar seekor katak daripada sungai itu.

Nabiyullah lihat, Katak itu membuka mulutnya dan semut yang berjalan itu terus masuk kedalam mulut katak itu. Kemudian katak itu membawanya ke dalam sungai. Setelah beberapa minit kemudian, katak itu buka semula mulutnya dan mengeluarkan semut tadi dengan selamat.

Terus Nabiyullah memanggil dua ekor itu dan bertanya, Apa yang kamu berdua buat tadi? Jawab semut itu, Wahai Nabiyullah saya sedang bertugas, Allah سبحانه وتعالى menyuruh saya untuk menjaga satu hamba Nya.

Apakah tugas kamu? Jawab semut itu, Wahai Nabiyullah di dalam sungai ini ada satu makhluk Allah yang buta dan dia berada di dalam satu lubang dan lubang itu terselit di bawah batu. Kata Nabiyullah, Baiklah kemudian apa yang kamu buat?

Jawab semut itu, Allah سبحانه وتعالى menyuruh saya setiap hari mesti menghantar makanan untuknya, tapi bila saya lihat sungai ini terlalu jauh sekali dengan kudrat yang saya ada ini untuk masuk ke dalam nya, saya berkata kepada Allah, Ya Allah jika saya masuk ke dalam sungai ini saya akan mati. Kemudian Allah سبحانه وتعالى hantarkan kepada saya seekor katak untuk membantu saya sehingga saya sampai kepada makhluk buta itu

Tanya Nabiyullah kepada katak, Kenapa kamu tidak boleh menghantar makanan itu sendiri? Jawab si katak, Wahai Nabiyullah lubang itu sangat kecil, saya tidak boleh masuk ke dalamnya, dan setiap hari saya mesti tunggu semut ini di tepi sungai.

Amanah daripada Allah سبحانه وتعالى.
SubhanaAllah. Di mana sahaja seseorang itu berada walau di bawah lubang sekalipun, Allah سبحانه وتعالى tidak akan lupanya. Inilah satu sebab seseorang itu mati dalam Husnul Khatimah jika yakin dengan rezeki Allah سبحانه وتعالى.

Jika dia Syak atas rezeki Allah سبحانه وتعالى, bimbang dia mati dalam keadaan Su'ul Khatimah . Wal'iyyazubillah"

- Murobbi Ad Da'ie IlaAllah Sheikh Abdullah Bin Muhammad Bin Salim Al Jahaf حفظه الله تعالى -


Read More...

Monday, 8 February 2016

Program Tajaan Umrah secara Istiqomah Amal till Jannah

Assalamualaikum para jemaah dan muslimin sekalian.

Bismillahhirrahmannirrahim..

Sukacitanya kami di Amal Till Jannah telah mengadakan satu program tajaan umrah buat marhaen yang tidak berkemampuan.  Untuk pelaksanaan program TAJAAN UMRAH ini, ATJ membuka penyertaan secara istiqomah kepada 300 jemaah yg berminat bagi menaja minimum RM40/bulanan atau RM10/mingguan utk bersama2 melaksanakan program ini.

Buat masa ini, misi kami adalah untuk menaja 2 orang marhaen setiap bulan selama setahun. In Shaa Allah dengan izin Allah s.w.t dan penglibatan jemaah semua, moga2 misi kita utk menaja mereka yang tidak berkemampuan ini berjaya.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun rasmi berikut:
Bank Islam 12122010020166 (Amal Till Jannah)
Maybank 512183340641 (Roshamila bt Yunus)

Semua sumbangan yg telah dibuat, hendaklah dimaklumkan kpd Admin Tabung Tajaan Umrah : Zarina 0197730155 utk direkodkan.

Bagi jemaah yang berminat utk sama2 menyumbang utk Tabung Tajaan Umrah, boleh sambung list nama & no. tel di bawah:
1. Roshamila Yunus 0192314480
2. Anys Idayu Zakaria 0177912993
3. Siti Noorzarina Musa 0197730155
4. Suriyati Mustafar 0169524230      
5. Rohizad Amat 0127680480
6. Noraslina Untong
7. Ibrahim Hj Jais
8. Muhammad Aiman Razali
9. Rosnita Muda 0169391800
10. Junita Othman 0197118707
11. Aminunakman Abd Rahman
12. Atifah Dania Aminunakman
13. Adli Khairul Aminunakman
14. Muhammad Fadzilah Aminunakman
15. Siti Syazwani Abdul Rahim 0179832595
16. Shafiq Ithmeth Amer Shahrulazlan 0129291727
17. Yunus Hj Naitulah 01110501558
18. Nursia Hj Latip
19. Masitah yaacob 0179841541
20. Emme Marina 0189100852
21. Siti Zaharah 0123107314
22.Ahmad Fahmi Ishak 0196163703
23.fauziah muhamed 0199889015
24.norain johari 0187847284
25. Hasbullah 0179841541
26. Ummi suriaty 0179841541
27. Utin Mardiana 0179841541
28. Manira zulkifli 0108674639
29. Rohana Abdul Kadir 012-2298258

Segala pertanyaan mengenai Tajaan Tabung Umrah, bole pm saya, Puan Zurina seperti no tertera di atas.

Kami masih memerlukan penaja bagi tajaan umrah. Semoga sasaran 300 orang ini berjaya di kumpul secepat mungkin. In shaa Allah

Status pada 8 Feb 2016 : Penaja Umrah seramai 29 orang.


Program tajaan ini bakal bermula apabila sudah mencukupi 300 orang penaja ya.

Bagi penghajat yang mahu memberikan namanya sebagai marhaen umrah, mohon hubungi saya untuk dapatkan borang dan pihak kami akan buat penilaian sebelum meluluskan hajat kalian. In shaa Allah, tajaan ini buat mereka yang mahu pergi ke tanah suci tetapi tidak berkemampuan. Khusus buat warga emas.


Terima kasih..


Read More...

Friday, 5 February 2016

3 Perkara Awal Untuk Memajukan Sesebuah Perniagaan]

3 Perkara Awal Untuk Memajukan Sesebuah Perniagaan]

Saya akan jawab apabila orang tanya saya perihal macamana hendak memajukan perniagaan. Saya hanya tanya 3 perkara sahaja dulu:

1. Adakah anda bangun awal pagi?
2. Adakah anda solat?
3. Adakah anda bersedekah?

Kalau anda dia tidak memenuhi 3 perkara tersebut, saya akan menyuruh anda penuhkan syarat-syarat itu dahulu baru kita berjumpa kembali.

1. BANGUN PAGI

Mulakan hari anda dengan bangun awal pagi. Kalau boleh join '5AM club' setiap hari dan gunakan masa pagi itu dengan sebaiknya. Jarang orang yang berjaya bangun lewat/ tengah hari.

2. SOLAT

Kalau hubungan dengan Allah tidak dijaga, bagaimana kita nak minta dengan Allah murahkan rezeki kita? Bukan customers atau boss yang bayar gaji atau bagi bonus pada kita. Itu semua dengan izin Allah. Sebab itu saya sentiasa tekankan sentisa letakkan Allah no 1. Kalau Allah tak suka jangan buat. Sekelip mata Allah boleh ranapkan hidup anda. Penuhkan solat 5 waktu. Solat Dhuha and hajat jangan dilupakan. Mintalah dengan Allah. Dia maha pemurah lagi mengasihani

3. SEDEKAH

Ini ramai yang susah nak buat. Jadi seperti Saidina Uthman RA dimana meletakkan harta di hujung jari. Mudah untuk memberi harta kepada orang lain. Mudah belanja orang makan. Mudah memberi pertolongan kepada orang lain. Mudah berkongski ilmu. Mudah segalanya kerana harta itu harta Allah. Kita medium penyampaian sahaja. Makin kita pandai menguruskan harta Allah, makin Allah yakin untuk memberi kita uruskan hartaNya yang lebih banyak. Cubalah

Boleh lakukan 3 perkara di atas ini dahulu? Jadikanya habit. Lakukan dalam masa 66 hari mengikut kajian saintifik dan anda akan terbiasa lakukanya.

#cp😊


Read More...