Thursday, 31 March 2016

Status terkini: Projek Mega Amal till Jannah

Status terkini.

PROGRAM MEGA/Wakaf ATJ

1. Projek mega masjid alor gajah melaka
Status: 328 lot
Dana diperlukan: 30k lot

2. Projek telaga di kemboja
Status: rm2450
Dana diperlukan: RM6120

3. Program Tajaan Umrah bulanan rm40
Status: Penaja 50 orang
Penaja diperlukan: 300 orang

Alhamdulillah. Kami ucapkan ribuan terima kasih atas setiap sumbangan kalian.

Mari viralkan supaya kita sama2 dapat sebarkan pahala buat insan lain juga.

Kemanisan bersedekah dan berinfak ke jalan Allah, lebih manis dan bermakna jika kita dapat ajak rakan2 dan keluarga turut bersama-sama kita.

3 saham akhirat kita kelak, anak yang soleh, amal jariah dan ilmu yang dimanfaatkan.

Amin.
In shaa Allah



Read More...

Kempen Tajaan Umrah Bersama Amal till Jannah

Bismillahirrahmanirrahim.

dengan rasmi Kempen Tajaan Umrah dilancarkan secara rasmi bermula 1 April 2016..insyaAllah sama2 kita rebut peluang ini dan mohon jasa baik semua jemaah sebar2kan risalah ini..jazakallahukhair😊

Pn rosya
31 mac

Maklumat lebih details mengenai program tajaan umrah-

Program Infaq istiqamah bulanan hanya RM40 selama setahun bermula April 2016 hingga Mac 2017 utk menaja 30 jemaah yg berhajat menunaikan umrah khas bg mereka yg tergolong dlm kategori asnaf.

Penyertaan ini terbuka buat 400 orang yang berminat untuk berdaftar sebagai Penaja umrah bersama Amal Till Jannah.

Selain itu, pihak yang akan menguruskan jemaah di sana ialah Glocal Travel. Ini juga merupakan satu usaha sama antara pihak Amal till Jannah dan Glocal Travel.

Untuk menyertai kami sebagai penaja umrah ini. Bolehlah hubungi Puan Zarina atau Puan Rosya seperti nombor yang tertera di dalam poster.

Alhamdulillah.


Status terkini penaja bagi program istiqomah umrah ialah seramai 50 orang. Masih ada kekosongan seramai 250 orang lagi.

-amal till jannah-


Read More...

Wednesday, 30 March 2016

Kesan Zikir Kepada Otak Manusia

Assalamualaikum WBT...

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

1) Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipetanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

2) Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang ita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita perolehi adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

3) Oleh itu, apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah seperti subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

4) Apabila zikir itu berulang-ulang kali, aktiviti saraf menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.

5) Dengan itu otak menjadi aktif secara kesluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir ianya tidak jadi begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

6) Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember, 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington di mana ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

7) Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai benda. Mereka dikehendaki membaca perkataan tersebut satu-persatu dan mengaitkan perkataan dengan katakerja yang berkaitan.

8) Apabila sukarelawan melakukan tugasan mereka, beberapa bahagian berbeza otak menunjukkan peningkatan akitiviti saraf termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

9) Menariknya, apabila sukarelawan mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak kepada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

10) Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekaligus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan zikir terbukti meningkatkan kecerdasan otak dan menambah kemampuannya.

11) Oleh itu, saudara-saudara seIslam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat Islam iaitu umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang remeh tentang kepentingan berzikir dan secara nyata mengabaikannya.

Wallahu'aklam.

🍃💞🍃💞🍃💞🍃💞🍃💞🍃💞🍃
@ PETUA DAN KESIHATAN


Read More...

Ruangan Iklan ATJ - Khimar Dari Senorita

Amal Till Jannah 




 " Khimar cantik khimar jelita khimar manis dari Senorita sangat cantik dan menyelesaikan masalah muslimah yang ingin menutup aurat dengan sempurna. Inspired dari sisesa ,  kami menyelesaikan masalah mereka yang inginkan rekaan brand Indonesia di atas.

 Material yang lembut dan super selesa membuatkan pemakai tidak rimas ketika menggayakan.

Rekaan trendy dan terkini menjadikan pemakai kelihatan anggun namun masih terjaga auratnya..

Untuk info lanjut boleh ke facebook.com/qyraofficial

Atau

facebook.com/madamqyra

Atau boleh juga whatsapp Senorita di : 012799455






 
Read More...

Thursday, 24 March 2016

Program Mingguan Sedekah Jumaat dan Sesuap Rezeki Anak Yatim

Bismillah. Assalamualaikum. 😊

Program istiqomah setiap minggu (jumaat) sedekah jumaatku esok dan sesuap rezeki bersama anak² yatim.

Derma yang disalurkan akan ditukar kepada pemberian makanan dan minuman kepada masjid-masjid terpilih.

Alhamdulillah, dari awal penubuhan ATJ sehingga kini Allah tetap bantu kami sehingga sudah masuk 3 buah masjid. Di Kuala lumpur, Pahang dan Penang.

Manakala di Masjid Adtec, Johor merupakan aktiviti team support di kalangan sukarelawan ATJ.

Mari bersedekah supaya dana yang kami ada ini dapat disumbangkan lebih banyak lagi ke masjid-masjid terpilih.


Read More...

Ruangan Iklan ATJ - Telekung Cottton Paris

Amall Till Jannah 

  Telekung Cotton Paris Sulam Penuh
✅ Ada set Sepasang dan ada set Telekung tanpa kain..
✅ Ada warna Putih dan  Hitam
✅ Ada saiz muka S, M dan L
✅Ada Lining Separuh dan Penuh





 Sejadah Empuk yang sangat Selesa sebab Spongenya Tebal.
✅ Saiz sejadah 28 x 42 inci.
✅ Buatan Turki.
✅ Sesuai untuk ibu ayah yang sakit lutut..






Untuk tempahan dan belian boleh hubungi Puan Ju (⁠⁠⁠Wassup Jue: 019 7742573) 
Read More...

Wednesday, 23 March 2016

Ruangan Iklan ATJ - KD Speechless Scent

Amal Till Jannah

KD Speechless Scent adalah sejenis haruman yang berasal dari ekstrak tumbuh-tumbuhan alam yang mana ia secara dasarnya sekadar haruman biasa dan bukan ubat.
  Haruman ini pada asalnya telah diberi nama 'Haruman KD' namun setelah mendapat maklumbalas daripada pengguna, namanya telah ditukar kepada KD Speechless Scent.
KD Speechless mendapat namanya "Speechless" daripada para pengguna setianya yang menggambarkan ianya satu produk haruman unik yang lain dari lain.



"Speechless" adalah perkataan daripada Bahasa Inggeris yang membawa maksud; Kelu, Bungkam, Tiada kata-kata yang dapat digambarkan. Itulah respon awal yang diterima daripada setiap orang yang telah mencalet KD Speechless Scent.

Ianya berbau harum semerbak tetapi lembut dan tidak menyengat, memberi rasa kedamaian dan ketenangan kepada pemakainya. Malah fungsinya melebihi daripada sekadar haruman biasa. Hebat anugerah Allah ini


Kd Speechless Scent adalah haruman yang dapat membantu dan menangani masalah berikut:
1. Menangani masalah perut kembung/ berangin.
2. Menenangkan anak-anak lasak atau meragam.
3. Membantu anak-anak mudah lena dan mendapat tidur yang berkualiti.
4. Membantu menenangkan ibu bapa yang stress.
Bagaimana ramai pengguna menyakini Kd Speechless Scent?

Jawapan terbaik adalah
'Hanya yang mencalet mengetahui kelebihannya. '


Boleh rujuk promosi dan testimoni KD SPEECHLESS SCENT di sini ---> http://tips-sihat-dengan-kd.blogspot.my

Untuk tempahan----> Whatsapp KD ke 013.684.4409 Pn Suhaila
Read More...

Thursday, 17 March 2016

Projek Saham Akhirat Telaga Air di Masjid Kemboja

Assalamualaikum semua,

Sahabat kami ustaz sulaiman kini berada d kemboja..ada satu projek khas menggali perigi..jumlah yg dperlukan sekitar USD300..insyaAllah jom kita rebut peluang pahala yg besar ni😊

Bayangkn pahala yang mengalir selagi perigi ni menjadi manfaat pd org-orang kmpung ni..insyaAllah..nanti kita sumbang skit2 sorang..smoga dpt kita bantu pnduduk d sini.

Amin

USD300 ni lebih kurang RM1224 sebuah.

Untuk menderma, bolehlah dermakan kepada tabung kami dengan tag "Misi kemboja".

Lihat poster untuk no bank akaun ya.

Read More...

Ruangan Iklan - Baju Support Tulang Belakang

Iklan Tajaan Amal Till Jannah 







Nama bisnes: Produk kesihatan

Nama produk: Baju Support Tulang Belakang

Ciri2 : Ringan dan Selesa

ANDA MENGALAMI SAKIT BELAKANG

Anda kerap mengalami sakit belakang sehingga menyebabkan kehidupan
seharian anda terganggu,jika di biarkan lama-kelamaan boleh menyebabkan lumpuh

Saya sedia membantu anda mengatasi sakit belakang anda dalam masa 30 minit sahaja dengan
izin allah.

MANFAAT PRODUK :
Bagaimana produk baju support tulang belakang boleh membantu menghilangkan sakit belakang anda

- untuk postur badan menarik.

- untuk kurang sakit belakang.

- untuk nampak macho/sexy.

- untuk melancarkan peredaran darah.

- untuk kesan panjang(masa tua lebih sihat)

- tiada side effect langsung dan selamat.

- ringan dan selesa pada kulit.

100% dijamin berkesan
dijamin pemulangan wang dalam 30 hari jika tidak berkesan

Pengesahan Produk
Bahan yg terkandung ialah : Polyester + nylon + cotton

Testimoni
Sudah Ramai yang BERJAYA,mereka adalah
klik disini ==> on.fb.me/1OJZJvm

Dapatkan DISKAUN 30% dari kami

sila whatsApp ke 012-4378919
taipkan  'NAK DISKAUN'
Read More...

Wednesday, 16 March 2016

Ruangan Iklan ATJ : Aloevera Gel (Aloe Ever-Shield)

Iklan Tajaan Amal Till Jannah 










4 JENIS ALOE VERA
*Basic sama DETOKS


🌵🌵ALOE VERA GEL 🌵🌵
👉Mengandungi gel aloe
     vera berKHASIAT yang
     distabilkan 100%

👉Merupakan pilihan UTAMA untuk memelihara kesihatan sistem PENCERNAAN & KEIMUNAN

👉Meningkatkan BIOAVAILABILITY NUTRIEN kepada sel & meningkatkan metabolisma tenaga

👉Mengawal atur fungsi fisiologi & mampu membantu tidur & emosi

👉Membantu penyembuhan sistematik tubuh dari penyakit yg dihasilkan dari proses DETOKsifikasi yg kurang baik

2)
🍒ALOE BERRY NECTAR🍒
👉Dari aloe vera, beri& epal

👉Ekstrak kranberi adalah
     kaya dgn
     PROANTOSIANIDIN.
     Proantosianidin
     membantu mhalang
     bakteria bahaya drpd
     melekat pd dinding
     saluran kencing

👉Beri membantu
     mencegah jangkitan
     saluran kencing

👉Menstabilkan HORMON

👉Ekstrak Jus epal
      membantu
      PENGHADAMAN

👉Pycnogenol antioksida yg
     bguna utk melindung
     KOLAGEN

👉KOLAGEN memainkan
     peranan penting bg
     mengekalkan keanjalan
     kulit
👉Bagus untuk pesakit GOUT


👉Bagus untuk organ bahagian 
     hadapan

3)
🍑ALOE BITS N' PEACHES
👉Sedap diminum & amat
     digemari kanak2

👉Kaya dengan serat untuk
      membantu sembelit

👉Mengandungi 100% aloe
     Vera yang distabilkan

👉Konsentrasi buah PIC
     semulajadi yg
     mmbekalkan VITAMIN A,
     C & E yg bmanfaat untuk
     sistem IMUN yg baik & 
     kulit Yg sihat

👉Bagus untuk mata
     (pesakit diabetes)

👉Bagus untuk pesakit kanser
     payudara

4)
🐳FOREVER FREEDOM🐳
👉🏻 Forever freedom
      mengandungi saranan
      amaun GLUKOSAMIN
      Sulfat (1500mg),

👉🏻CHONDROITIN Sulfat
     (1200mg) dengan 750mg
     MSM dalam hidangan
     120ml.

👉🏻Apabila digabungkan ia
     menggalakkan fungsi
     SENDI yang sihat

👉🏻Baik untuk STROKE



Untuk sebarang tempahan dan belian, boleh hubungi /whatsapp di no 019-8655586 (Pn Shila) atau terus melalui  fb :  al  ujab clan noor 


 
Read More...

Tuesday, 15 March 2016

Ruangan Iklan di ATJ

Amal Till Jannah 

 Assalamualaikum  ☺☺

Peluang untuk semua usahawan ATJ beriklan di ruangan iklan blog ATJ setiap hari Rabu.

Syarat beriklan :

1. Terbuka untuk semua pembaca BLOG ATJ. Hanya 3 iklan sahaja setiap minggu.

2. Tujuan untuk menyemarak dan membantu usahawan di bawah ATJ. Iklan di blog membantu iklan usahawan mudah dijejak dicarian google.

3. Tapak iklan tersebut bernilai RM10/seminggu. Sewaan iklan ini akan dimasukkan ke tabung ATJ untuk membantu mana-mana tabung yang kekurangan dana.

4. 3 usahawan yang akan beriklan dikehendaki memberikan details produk pada admin usahawan (Cikpuan Anies 017-7912993)

5. 3 Usahawan yang akan beriklan setiap minggu perlu membuat bayaran sewaan RM10 ke akaun rasmi ATJ selewatnya hari Selasa, dan memaklumkan pada Admin Anies untuk tujuan rekod dan memasukkn iklan usahawan ke blog ATJ.

6. Iklan akan diupdate waktu pagi iklan pertama, waktu tengahari iklan kedua dan waktu petang iklan ketiga.

7. Minggu seterusnya iklan usahawan lain pula akan dimasukkn

8. Iklan akan kekal di ruangan iklan ATJ, win win situation antara usahawan dan ATJ.

9. Usahawan yang berminat boleh berikan nama dan no telefon untuk rekod admin, dan admin akan hubungi pengiklan pada hari Ahad setiap minggu untuk mendapatkan details lanjut iklan.

10. Produk berlainan untuk minggu tersebut, insya Allah


😊😊😊
Read More...

Friday, 11 March 2016

Berita dari wakil ATJ Zon Utara

Alhamdulillah..wakil ATJ zon Utara telah melawat pak cik Ahmad ni..ternyata keadaannya serba daif dan kekurangan..
Mungkin dengan kekurangan tersebut Allah ingin menambahkan pahala amal jariah untuk kita..
Jom sama2 kita bantu tanpa ada karenah birokrasi..walau di mana kita berada..insyaAllah jika kita tergerak membaca risalah ini dan sama2 prihatin pada keluarga ini..sharingla dengan teman2 yang lain..ia juga satu SEDEKAH yang mudah untuk kita gandakan pahala..insyaAllah
Salam ukhwah fillah
Jika ada yg nk dapatkan info lanjut..bole juga hubungi saya..pn rosya :)




Read More...

Thursday, 10 March 2016

Program Sedekah Jumaatku menghampiri setahun

Alhamdulillah..program istiqamah Mingguan AMAL TILL JANNAH iaitu SEDEKAH JUMAATKU kini menghampiri setahun..
Syukur ya Allah atas rahmat dan kurniaanMu..semoga amal jariah ini pahalanya berterusan ke jannah..


















Jom saudaraku muslimin dan muslimat..kami di AMAL TILL JANNAH ingin mengajak lebih ramai saudara kita untuk terus BERISTIQAMAH dalam program SEDEKAH JUMAATKU..

Yakinlah SUMPAH RASUL s.a.w bahawa tiap2 yang BERSEDEKAH ke jalan ALLAH tidak akan pernah fakir..dan sesungguhnya rezeki kita juga akan Allah lipatgandakan..
Read More...