Monday, 23 May 2016

Amal till Jannah Bakal Kembali Aktif

Assalamualaikum,

Salam sejahtera buat pembaca..

Alhamdulillah, kami di ATJ masih diberikan kudrat bagi menjalankan aktiviti-aktiviti sedekah sambil berdakwah kepada orang ramai. Dengan bersama orang yang lebih susah, menjadikan kita insan yang lebih bersyukur dan lebih baik.

Bukan kerana kita lebih baik dari mereka, tetapi kerana Allah telah menjadikan kita antara insan yang bertuah kerana dapat berbakti kepada mereka yang memerlukan.

Bukan riak atau kepuasan diri yang kami cari, tetapi hanyalah keredhaan Allah s.w.t.

Kerana akhirnya dari Dia jualah kita kembali bersama amalan-amalan kita di dunia.

.
Walaupun kami kurang aktif di blog sebenarnya terlalu banyak program yang telah dijalankan malah sedang giat berjalan ketika ini. Masya Allah, ampunkan kami kerana tiada kabar berita. Inshaa Allah, saya selaku setiausaha bagi pihak NGO Amal till Jannah akan pastikan bahawa kalian mendapat kisah ekslusif dari kami supaya tiadalah ATJ tenggelam di dalam dunia maya.

Yang baik kita sebarkan.
Yang baik kita ikutkan.
Yang baik jugalah menjadikan kita insan lebih bersyukur.


Inshaa Allah dengan izin Allah.


Salam sayang,

Puteri Emme Marina Mohamad
Setiausaha NGO Amal till Jannah
23 May 2016

No comments:

Post a Comment