Wednesday, 28 September 2016

Pertanyaan Hazrat Asma r.anha mengenai ganjaran bagi kaum wanita

Taklim: kisah para sahabat
Semangat keagamaan di kalangan wanita

Pertanyaan Hazrat Asma r.anha mengenai ganjaran bagi kaum wanita

Hazrat asma binti yazid r.anha ialah seorang wanita ansar. Beliau telah datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata,

“Ya rasulullah, tuan terlebih dahulu saya kasihi daripada kedua ibu bapa saya. Saya ialah utusan drp wanita-wanita islam untuk berjumpa dengan tuan. Sesungguhnya tuan diutuskan sebagai nabi untuk kaum lelaki dan juga wanita. Sebab itulah kami Jemaah kaum wanita beriman dengan tuan dan Allah s.w.t. Tetapi kami tinggal dalam empat penjuru rumah dan sentiasa berada di sebalik tabir. Kami ialah teman kaum lelaki di dalam rumah. Keperluan hawa nafsu mereka disempurnakan melalui kami juga. Kami menanggung anak-anak mereka di dalam perut kami. Namun demikian, kaum lelaki mendahului kami dalam banyak amal kebajikan. Mereka dapat bersolah Jumaat, bersolah secara Jemaah, mereka menziarahi orang sakit, mereka menghadiri upacara jenazah, menunaikan haji demi haji atau umrah  dan lebih daripada itu mereka berjuang di jalan Allah s.w.t. Apabila mereka pergi haji atau umrah ataupun berjihad kami kaum wanitalah yang menjaga harta mereka. Kami menenun pakaian untuk mereka dan kami menjaga anak-anak mereka. Apakah kami tidak mendapat sebahagian pahala mereka?”

Setelah mendengarkan ini, Rasulullah s.a.w berpaling kea rah para sahabat lalu bersabda, “ Adakah kamu pernah mendengar seseorang yang bertanyakan soalan agama yang lebih baik dari wanita ini?”

Para sahabat menjawab,” kami tidak terfikir yang wanita juga boleh menanyakan soalan sedemikian.”
Selepas itu Rasulullah s.a.w berpaling kpd Hazrat Asma lalu bersabda,

“Dengar teliti serta fahamkan dan kemudian pergilah beritahu kepada wanita-wanita yang telah menghantar kamu. Layanlah suami kamu dengan baik dan carilah kesukaannya serta tunaikan kesukaannya itu maka pahala bagi kesemua amal kebajikan tadi ialah sama antara kamu dengan mereka.”

Maka kembalilah Hazrat Asma dengan penuh gembira setelah mendengar jawapan tersebut.

Keterangan

Kaum wanita hendaklah mengadakan hubungan yang baik dengan suami mereka serta mentaati mereka. Ketaatan terhadap suami merupakan satu amalan yang berharga ttp kaum wanita terlalu lalai dalam perkara ini.

Suatu ketika para sahabat bertanya kpd Rasulullah s.a.w, “orang-orang Ajam (selain bangsa Arab) sujud kepada raja-raja dan ketua mereka. Sepatutnya tuan lebih layak untuk disujud. Izinkanlah kami sujud kepada tuan”

Rasulullah s.a.w melarang mereka drpd sujud dan bersabda,” sekiranya saya memerintahkan seseorang itu untuk sujud kepada sesuatu selain daripada Allah s.w.t, sudah pasti saya akan memerintahkan wanita-wanita sujud kepada suami mereka”.
Solat daripada dua golongan tidak akan naik ke langit melepasi kepala mereka iaitu seorang hamba yang melarikan diri daripada tuannya dan seorang wanita yang tidak taat kepada suaminya.

Oleh
Syaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Rahmatullahi alaih


No comments:

Post a Comment