Friday, 8 September 2017

PII SEPTEMBER 2017 : Sedekah Jumaat



1 SEPT 2017



Alhamdulillah..syukur segala puji Allah yg memperjalankan hamba2Nya dan mentadbir sekalian alam..

Diary #sedekah #jumaat minggu ni agihan 200 pek makanan di pagi hari Raya Aidiladha di sekitar perkarangan surau Kg. Mengabang Panjang dan di stesen petronas terpilih di Kg Merang, Setiu Terengganu.

Alhamdulillah dapat berbagi rezeki dgn penduduk asnaf sekitar dan juga yg bermusafir sempena cuti sambutan Aidiladha😊 semoga Allah redha..amin

Jazakallah kpd semua team #ATJ yg sentiasa menyokong program mingguan Amal Till Jannah ini. semoga Allah izinkan kita semua terus istiqomah meskipun sedikit..insyaAllah




8 SEPT 2017




Alhamdulillah..sedikit bingkisan utk petang Jumaat minggu ini..syukur sedekah jumaat dapat diteruskan seadanya seperti biasa😊


lokasi masjid minggu ini Masjid Al Ilmi,KUIM Melaka

jazakallah semua yg tidak putus2 menyumbang dan bersedekah lillahitaala..semoga Allah redha kita semua hingga ke Jannah..amin



15 SEPT 2017







Jumaat 15 sept, wakil atj telah menyampaikan amanah sumbangan dari jemaah2 ATJ bagi projek wakaf masjid baru sahaja siap dan dah dibuka utk kegunaan ibadah dan gerak kerja masyarakat umat Islam iaitu Masjid Jamek Putra yg terletak di pekan Masjid Tanah Melaka😊

syukur ya Allah masjid yg sgt cantik dn indah..semoga masjid ini akan dapat diimarahkan sepanjang masa😊

penyerahan 2 kit jenazah, 30 helai telekung solat dan 50 pasang selipar wakaf utk kegunaan jemaah masjid ini.

sama2 kita doakan pd Allah agar lebih ramai jemaah di luar sana sama2 membantu sedikit sebanyak utk kerja2 agama😊

bagi mereka yg nak berinfaq utk projek wakaf masjid dan lain2 bole juga terus ke website kami utk melihat perkembangan aktiviti dakwah dan amal jariah yg semampu yg ada yg dapat dikongsikan bersama.



22 SEPT 2017




1 Muharam 1439H, sbyk 200 bungkus di agihkn kpd jemaah solat jumaat masjid Lubuk Redan, Masjid Tanah,Melaka😊


sukanya ya Allah , kebetulan cuti ramai anak2 yg dtg masjid..hampir berebut2 mtk bubur☺seronok diorang..Ada yg musafir jga..Alhamdulillah syukur semua dipermudahkan.



29 SEPT 2017

Sedekah Jumaat dari Team Kuantan 

Sedekah Jumaat hari ni diadakan di Rumah Kebajikan Anak Yatim & Fakir Miskin Permata Al Insyirah,Kuantan,Pahang😊 syukur utk minggu ni ATJ dpt berbagi rezeki di sini juga☺️


Wakil Team Melaka untuk Sedekah Jumaat 29 Sept 2017 di Masjid Ilmi KUIM, Melaka

semoga program SEDEKAH JUMAAT ini dpt kita istiqomahkan setiap minggu  insyaAllah☺️amin


#SEDEKAHJUMAAT 
#PROGRAMMINGGUAN  
#AMALTILLJANNAH


No comments:

Post a Comment