Saturday, 23 June 2018

Projek Wakaf Belian Van Bagi Logistik Amal Till Jannah



Assalamualaikum w.b.t.

Mohon bantuan semua utk share kepada ahli keluarga, rakan2 dan sahabat handai.

(SAHAM AKHIRAT) WAKAF KENDERAAN 4 X 4 UNTUK KEGUNAAN BADAN AMAL TILL JANNAH

Datuk/Datin/Tuan/Puan/Pihak Yang Berkenaan

Sempena kedatangan Ramadhan al-Mubarak 2018/1439H, Pihak Kebajikan Amal Till Jannah membuka peluang kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat untuk menyemarakkan bulan Ramadhan dengan bulan yang paling baik untuk bersedekah. 

InsyaAllah, justeru itu dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim kami melancarkan dana Wakaf pembelian Kenderaan 4x4 bernilai RM40,000 dengan agihan lot wakaf tunai sebanyak RM40 setiap penyertaan.

Kenderaan ini amat diperlukan oleh pihak kami untuk melancarkan segala aktiviti kebajikan ummah melalui program-program kebajikan di badan Amal Till Jannah yg meliputi ‎kerja-kerja amal serta bantuan kebajikan dalam dan luar daerah yg dijalankan sepanjang tahun.

Justeru pihak kami amat mengalu-alukan sumbangan tuan/puan samada berbentuk sumbangan wang tunai melalui 
Wakaf Tunai untuk pembelian sebuah kenderaan 4x4 bagi kegunaan rasmi pihak badan kebajikan Amal Till Jannah insyaAllah.

✅Sebaik-baik sedekah adalah di bulan Ramadan yang mendapat janji GANDAAN PAHALA & PEMBEBASAN DARI API NERAKA dari Allah SWT kelak.

✅Jom sahabat-sahabat pencinta amal jariah kita kongsikan pahala amal kebajikan ini bagi sama-sama meraih redha Allah. Sesungguhnya sedekah itu memakmurkan ummah dan menyuburkan ikatan perpaduan antara Muslim.

POHON MESEJ RAYUAN INFAQ SEMPENA RAMADAN MUBARAK INI DISEBARLUASKAN INSYAALLAH

INFAQKAN SUMBANGAN ANDA LILLAHITAALA DAN SEDEKAHKAN PAHALA AMAL JARIAH INI BUAT KEDUA IBU BAPA TERCINTA

Segala sokongan, dokongan dan keprihatinan Tuan/Puan kami dahului dengan ucapan terima kasih dan semoga diterima oleh Allah s.w.t sebagai amal soleh yang berkekalan

Makluman untuk yg ingin menyumbang, seperti berikut
====================

📌 RM40 per lot penyertaan wakaf

Transaksi Wakaf Van

🎀 bank in/ transfer ke akaun rasmi ATJ

MAYBANK AMAL TILL JANNAH
 🏧 5621 8831 9223

Maklum infaq dan wakaf tuan puan kpd admin 
www.wasap.my/60127865923 untuk rekod sumbangan.

pada individu/pihak yg memerlukan resit wakaf bole memaklumkan kepada pihak admin utk urusan tersebut

Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Ustazah Rosya 0192314480
Pn Fatin 0127865923

page: https://www.facebook.com/amaltilljannahATJ/

www.amaltilljannah.com

#wakafvan
#infaq
Read More...

Thursday, 14 June 2018

Projek Wakaf Kelas Fardhu Ain Dan Kelas Mengaji Quran Kelolaan Amal Till Jannah


▶ *SAHAM AMAL JARIAH-INFAQ UNTUK KELAS AL QURAN DAN FARDHU AIN AMAL TILL JANNAH*◀

Assalaamua'laikum jemaah yg dirahmati Allah,

Tuan/Puan Muslimin dan Muslimat semua😊

*Memohon sumbangan untuk beberapa keperluan kelas pengajian iqra & Quran serta Fardhu Ain Amal Till Jannah*

Sumbangan untuk membeli keperluan dan alatan bagi kegunaan pelajar adalah seperti berikut:

➡10 unit meja kuliah
➡1 unit portable speaker & ➡2 unit mikrofon
➡2 unit rak buku
➡1 unit penghawa dingin
➡1 unit papan iklan KAFA
➡30 unit kerusi kuliah

jumlah keperluan di atas RM6000. Pihak KAFA mengalu-alukan penyertaan RM30 untuk setiap LOT SAHAM AKHIRAT di atas untuk mencukupkan dana pembelian alatan dan keperluan pelajar-pelajar KAFA.

_*Resit sumbangan akan diberikan pada pihak yang memerlukannya_*

walaubagaimanapun, kami turut menerima apa jua bentuk sumbangan seikhlas hati dari dermawan yang budiman untuk membantu pihak pengurusan KAFA Amal Till Jannah dalam kerja-kerja dakwah dan kebajikan ummah.

*Kepada jemaah yg berhajat untuk menyumbang dan mensedekahkan pahala buat kedua ibu bapa insyaAllah boleh menyalurkan infaq tuan/puan ke  akaun rasmi Amal Till Jannah*

🎀 *Maybank* *5621 8831 9223*
*Ref : KAFA* 

wasap butiran transaksi infaq ke; 
www.wasap.my/60127865923/infaqKAFA

Untuk maklumat lanjut berkaitan infaq boleh hubungi:

*0192314480*
 *Ustazah Rosya Yunus*

Pihak kami mendoakan semoga dengan  sumbangan tuan/puan dikurniakan pahala dan rahmat yang berpanjangan, dimurahkan rezeki, disembuhkan penyakit , dan moga Allah ampunkan segala dosa dan dianugerahkan kematian husnul khatimah. Amin

*Mohon viralkan atas nilai ukhwah islamiyah*

🌸 *BERLUMBA-LUMBAlah kamu(mengerjakan AMAL yang BAIK) untuk mendapatkan KEAMPUNAN dari Tuhan kamu,dan mendapat syurga yang bidangnya SELUAS langit dan bumi* (AL HADID:21)

🌸 *Dan TOLONG MENOLONGla kalian dalam (mengerjakan) KEBAIKAN dan TAQWA dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan BERTAQWAlah kalian kepada ALLAH SESUNGGUHNYA, Allah amat BERAT SIKSANYA*(AL MAIDAH: 2)

 Jazakallahukhair

Bagi pihak Pengurusan
KAFA Amal Till Jannah 

PN ROSYA YUNUS😊
*BERIMAN* *BERILMU* *BERAMAL*
Read More...

Monday, 11 June 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum,

Apa khabar para pembaca Amal till Jannah, sudah lama kami tidak bersiaran di website utama kami. Kekangan masa dan tenaga untuk menguruskan website utama kami agak membatasi masa kami. Namun insha Allah, atas izin Allah.. Alasan itu akan kami ketepikan.

Semoga Allah memaafi kami atas ketidakupayaan kami dalam menyebarkan setiap amal dan infak buat kalian. Sedangkan kami sentiasa aktif mengadakan program cuma hanya di website sahaja kekangan itu terbatas.

Insha Allah kami akan cuba sedaya upaya kami di sini. Semoga kalian terus mendoakan kami ya.

Dikesempatan ini kami dari pihak Amal till Jannah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh rakyat Malaysia. Semoga amalan kita di bulan Ramadhan ini diterima Allah dan diangkat darjat kita semua di sisi Allah.

Aamin
Read More...