Tuesday, 24 November 2015

Akhlak kita dalam kehidupan seharian.

Firman Allah Taala dalam surah as soffat ayat 24 yang bermaksud iaitu "tahanlah mereka (di tempat perhentian) sesungguhnya mereka akan ditanya".Kita sering kali di momokkan dengan pelbagai berita atau kisah-kisah yang sensasi yang mana ia boleh membawa kepada kebaikkan atau sebaliknya.Pada kali ini suka penulis ingin berkongsi tentang keadaan semasa yang mana menuntut kita agar berakhlak dalam kehidupan kita.

Firman Allah Taala dalam surah al hujurat ayat 10 yang bermaksud "sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua-dua saudaramu(yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah Taala agar kamu mendapat rahmat"

Dewasa ini kita sering kali mendapat iklan tentang sumbangan dan permohonan sedekah dari sesebuah institusi mahupun perseorangan.Melalui kuasa internet yang terbentang depan mata memungkinkan kita untuk memudahkan segala urusan yang berkaitan dengan kehidupan.Dengan kuasa 'viral' dalam aplikasi facebook,whatssap,instagram,weechat,twitter dan sejumlah aplikasi yang canggih pada zaman sekarang secara tidak langsung mendidik kita supaya ada sifat amanah dalam diri kita .

Mengapa penulis mengatakan sedemikian rupa??berdasarkan ayat 10 surah al hujurat kita dituntut supaya memperbaiki hubungan kita sesama islam .Bak kata pepatah buang yang keruh ambil yang jernih.Pepatah ini amat sinonim dalam kalangan masyarakat kita supaya dengan kaedah amalan bersedekah atau infaq sebagai contoh dapat melahirkan kasih sayang antara saudara seislam dan merapatkan silaturahim secara tidak langsung.

Firman Allah Taala dalam surah al hujurat ayat 6 "wahai orang-orang beriman!Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa sesuatu berita,maka telitilah kebenarannya,agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kobodohan yang akhirnya membawa kepada penyesalan"

Baru- baru ini kita dikejutkan dengan berita tentang sebuah sekolah tahfiz yang memerlukan sejumlah wang untuk meneruskan kelangsungan para pelajar serta tenaga pengajar.Maka setiap sudut ceruk kawasan heboh memperkatakan tentang berita tersebut sehingga memaksa 'orang awam' menjadi penguatkuasa dalam menentukan kes ini.Hal ini menjadi "pemanis mulut" dikalangan kita tanpa usul periksa dan kaji selidik yang mendalam. Dan ternyata sesuatu berita itu akhirnya terserlah juga kebenarannya.Dimana sekolah tahfiz tersebut tidaklah menjadi bahan cerita semata-mata setelah "cahaya kebenaran"sudah terbit.Tidakkah ayat ke 6 surah al hujurat telah menggariskan disiplin yang tinggi bagi orang beriman dalam mendepani berita-berita sedemikian??
tepuk dada tanyalah iman kita.

Firman Allah Taala dalam surah qaf ayat 18"tidak ada sesuatu perkataan yang diucapkan kecuali ada disisinya malaikat pengawas yang mencatat"

Mulut dan kata-kata tidak dapat dipisahkan sama sekali.Ia seumpama lagu dan irama,akan tetapi disebalik nikmat tersebut terselit maksud tersirat yang menuntut kita supaya menjaga anggota ini dari dosa.Ini kerana hanya dengan mulutlah kita boleh masuk ke dalam syurga Allah dan dengan mulutlah tidak mustahil kita akan dihumban ke dalam neraka.Oleh itu suka penulis ingin ingatkan diri yang dhoif ini serta para pembaca agar kita menjaga anggota ini supaya kita tidak tergolong ke dalam golongan yang rugi dimana ia akan terkunci di akhirat kelak bagi membolehkan anggota pancaindera lain yang bersaksi atas perlakuan kita semasa di dunia dulu.

Untuk akhirnya marilah kita bermuhasabah diri kita ini.Ingatkah kita kepada kisah imam malik ketika ditanya tentang khabar beliau.Apa yang beliau jawab??sesuatu jawapan yang membuatkan kita hampir menangis apabila mengenangkan jawapan tersebut.Imam malik menjawab sejurus orang bertanya tentang khabar beliau 'DALAM KEADAAN UMUR YANG SEMAKIN BERKURANG DAN DOSA YANG SEMAKIN BERTAMBAH'

Ingatlah wahai pembaca sekalian "tahanlah mereka(ditempat perhentian)sesungguhnya mereka akan ditanya".Maksud ayat 24 surah as soffat.


No comments:

Post a Comment