Pengertian dan Kepentingan Zakat, Infak dan Sedekah

Share:

Dalam kehidupan ini kita sering kali membuat sesuatu pekerjaan hanya didorong dengan nafsu semata-mata.Ini dibuktikan apabila sejumlah dari kalangan kita sering merasa tidak cukup dalam perbelanjaan seharian kita,malahan ada yang mengeluh dan yang paling bahaya sekali apabila kita menyalahkan takdir.

Apabila ini berlaku maka seharusnya kita bertanya kembali kepada diri kita dan merenung kembali tentang perihal diri kita kenapa hal demikian terjadi pada diriku. Mengapa aku tidak menjadi seperti orang lain dengan limpahan harta sehingga membolehkan mereka mengeluarkan sedekah mahupun infaq kepada golongan yang memerlukan. Tidakkah kita ingin seperti mereka diluar sana untuk menyumbang sedikit pemberian demi untuk kesenangan mereka. Maka disinilah penguasaan ilmu perlu ada dalam diri kita supaya kita tidak ketinggalan dalam menjalani kehidupan dunia yang semakin mengecil dengan teknologi moden.

Pada kali ini suka penulis ingin mengetuk hati para pembaca sekalian tentang perkara yang paling asas sekali dimana ia sebagai titik permulaan dalam menerokai nikmat ilmu itu sendiri iaitu apakah maksud sedekah ? apakah maksud zakat mahupun infaq?

1)Sedekah menurut pakar-pakar agama ialah infaq,zakat dan semua kebajikkan yang bukan dalam bentuk material.Pandangan ini berdasarkan kepada sabda rasullah saw iaitu:

"setiap tasbih,takbir,tahmid dan tahlil adalah sedekah.perbuatan yang mendorong kepada kebaikkan,mencegah keburukkan dan menyalurkan nafsu kepada isterinya juga adalah sedekah"(hadis riwayat muslim)

2)Zakat menurut pengertian Imam Nawawi menyatakan zakat mengandungi makna kesuburan malahan dapat diertikan sebagai subur dan suci.Dan dari segi hukum zakat beerti kewajibban atas harta ataupun sejumlah harta untuk golongan tertentu pada waktu tertentu.

dalam al quran surah at taubah ayat 103 yang bermaksud "Ambillah zakat daripada harta mereka untuk membersihkan dan menyucikan mereka dan berdoalah kepada mereka.Sesungguhnya doamu itu( menumbuhkan) ketenteraman jiwa bagi mereka.Allah maha mendengar lagi maha mengetahui"

3)Infaq menurut pakar-pakar dan ahli agama iaitu ia lebih luas berbanding zakat.Ini kerana infaq mengeluarkan harta termasuk zakat dan bukan zakat.

Ada 2 jenis infaq iaitu infaq wajib seperti zakat,kafarah,nazar dan sebagainya.
infaq sunat seperti infaq kepada golongan miskin sesama islam,infaq kemanusiaan dan sebagainya.
Dalam hal ini Abu hurairah ade meriwayatkan hadis dari rasullah saw iaitu

"Setiap hari apabila para hamba allah masuk pada waktu pagi pasti ada 2 malaikat yang turun.Satu diantara kedua-duanya berdoa Ya allah berikan balasan kepada orang yang berinfaq,manakala malaikat yang satu lagi berdoa Ya allah berikan kerugian kepada orang yang tidak mahu berinfaq"( hadis riwayat muslim)

Inilah benda yang paling asas yang harus ada dalam diri kita. Penguasaan ilmu pengetahuan sebagai penyuluh kehidupan dengan didasari al quran dan hadis nubuwwah. Maka jadikanlah setiap nilai harta kita samaada kecil atau besar , kita sedekahkan kepada mereka yang memerlukan. Ini dapat merapatkan jurang antara si miskin dan si kaya.

No comments