Wednesday, 10 February 2016

Yakin Dengan Rezeki Allah

Yakin Dengan Rezeki Allah سبحانه وتعالى Asbab Husnul Khatimah

" Allah سبحانه وتعالى tidak akan pernah lupa kepada setiap apa yang Dia Cipta di atas muka bumi dunia ini. Manusia, Haiwan, Tumbuh Tumbuhan, Jin dan apa apa sahaja . Kerana Setiap apa yang Allah سبحانه وتعالى Cipta itu semunya di bawah Pengetahuan Allah سبحانه وتعالى. Jangan risau.

Pernah satu hari Nabiyullah Sulaiman عليه السلام duduk di tepi sungai sambil berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى . Tiba tiba Nabiyullah Sulaiman ternampak ada seekor semut yang berjalan di tepi sungai sambil membawa makanan di mulutnya. Kemudian selang beberapa saat keluar seekor katak daripada sungai itu.

Nabiyullah lihat, Katak itu membuka mulutnya dan semut yang berjalan itu terus masuk kedalam mulut katak itu. Kemudian katak itu membawanya ke dalam sungai. Setelah beberapa minit kemudian, katak itu buka semula mulutnya dan mengeluarkan semut tadi dengan selamat.

Terus Nabiyullah memanggil dua ekor itu dan bertanya, Apa yang kamu berdua buat tadi? Jawab semut itu, Wahai Nabiyullah saya sedang bertugas, Allah سبحانه وتعالى menyuruh saya untuk menjaga satu hamba Nya.

Apakah tugas kamu? Jawab semut itu, Wahai Nabiyullah di dalam sungai ini ada satu makhluk Allah yang buta dan dia berada di dalam satu lubang dan lubang itu terselit di bawah batu. Kata Nabiyullah, Baiklah kemudian apa yang kamu buat?

Jawab semut itu, Allah سبحانه وتعالى menyuruh saya setiap hari mesti menghantar makanan untuknya, tapi bila saya lihat sungai ini terlalu jauh sekali dengan kudrat yang saya ada ini untuk masuk ke dalam nya, saya berkata kepada Allah, Ya Allah jika saya masuk ke dalam sungai ini saya akan mati. Kemudian Allah سبحانه وتعالى hantarkan kepada saya seekor katak untuk membantu saya sehingga saya sampai kepada makhluk buta itu

Tanya Nabiyullah kepada katak, Kenapa kamu tidak boleh menghantar makanan itu sendiri? Jawab si katak, Wahai Nabiyullah lubang itu sangat kecil, saya tidak boleh masuk ke dalamnya, dan setiap hari saya mesti tunggu semut ini di tepi sungai.

Amanah daripada Allah سبحانه وتعالى.
SubhanaAllah. Di mana sahaja seseorang itu berada walau di bawah lubang sekalipun, Allah سبحانه وتعالى tidak akan lupanya. Inilah satu sebab seseorang itu mati dalam Husnul Khatimah jika yakin dengan rezeki Allah سبحانه وتعالى.

Jika dia Syak atas rezeki Allah سبحانه وتعالى, bimbang dia mati dalam keadaan Su'ul Khatimah . Wal'iyyazubillah"

- Murobbi Ad Da'ie IlaAllah Sheikh Abdullah Bin Muhammad Bin Salim Al Jahaf حفظه الله تعالى -


No comments:

Post a Comment