Bingkisan Program Sepanjang Ramadan

Share:
Alhamdulillah..segala puji bg Allah yg mentadbir sekalian alam..
Maha suci Allah yg mempermudahkan semua urusan program2 agihan sumbangan dari jemaah ATJ kepada golongan yg memerlukan..






1- IFTAR JAMAIE


Alhamdulillah syukur..sedikit bingkisan dari program #iftarjamaie yg berlansung dengan sempurna iaitu seramai 23 orang anak2 yatim dan asnaf dari SK Othman Syawal telah diraikan utk menerima sumbangan.





Program iftar imarah masjid. Terima kasih kepada semua yg menyumbang untuk menjayakan program iftar Jumaat terakhir Ramadan ini. Semoga semua amal ibadat kita di terima di sisiNya..amin




2- KIT ASNAF / FIDYAH


Turut diserahkan pengagihan beras fidyah kepada asnaf2 yg terpilih.
Syabas dan tahniah kepada semua yg terlibat sepanjang kerja2 agihan dan sumbangan dilakukan dan kepada semua jutawan akhirat yg menyumbang untuk program #kasihAsnaf. Semoga semua amal kita diterima di sisiNya.



Image may contain: 1 person





3- PROGRAM KASIH GELANDANGAN RAMADAN


Program Gelandangan Ramadan dikendalikan oleh Team ATJ Kuala Lumpur pada 22 Jun 2017 (1438H). Program berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Sumbangan diagihkan kepada golongan gelandangan sekitar






4. KASIH ANAK YATIM / SEPASANG BAJU RAYA ANAK YATIM


 Syukur program #KASIHANAKYATIM edisi #sepasangBajuRayaAnakYatim berlangsung dalam hujan Rahmat penuh kasih sayang di Mydin MITC Ayer Keroh Melaka

Team sukarelawan #ATJ dengan kerjasama erat jemaah2 ATJ yg dikasihi dapat sama2 menyumbang utk #airmataSyawal berkongsi kegembiraan bersama 13 anak2 yatim yg diraikan dari qoriah Kg Bukit Darat, Tg Keling Melaka.







Alhamdulillah syukur antara sorotan sepanjang ramadan yg dpt dibingkiskan☺️
Semoga Ramadan kali ini melahirkan penuh ketaqwaan dan keimanan serta kesyukuran kita pada Allah yg telah memberi kita ruang utk memakmurkan insan. Semoga kita terus menjadi hambaNya yg istiqomah..amin

Nikmat mana lagi yg kita dustakan?

Semoga Allah memberkati perjalanan ATJ untuk terus berbakti pada Agama..untuk terus memakmurkan insan dan menyatupadukan ummah Islam..amin


-SALAM KASIH TILL JANNAH-
Semoga Allah kumpulkan kita semua di Syurga..amin





















No comments