Tabung Pesakit Kronik Puan Noriah (Barah Tulang)

Share:
Teks: Amaltilljannah
Foto: Amaltilljannah

Alhamdulillah, sukacita kami melancarkan kutipan dermaan buat seorang ibu kita, Puan Noriah binti Hamzah. Beliau telah disahkan menghidapi penyakit kronik ini sejak tahun 2010 lagi, sudah 5 tahun penyakit ini dideritai beliau. Semoga Allah menempatkan beliau dalam golongan orang-orang yang bersabar.

Kutipan tabung pesakit kronik yang dianjurkan oleh pihak kami, Amal till Jannah (ATJ) bertujuaan untuk membantu Puan Noriah bagi menanggung kos rawatan perubatan dan ubatan rawatan kanser yang ditanggungnya. Kami menyeru agar orang ramai dapat memberikan sumbangan seikhlas mungkin kepada tabung pesakit kronik kami. Setiap sumbangan kami adalah amat kami hargai.

Kami sertakan sedikit maklumat mengenai pesakit kita, Puan Noriah, beliau merupakan ibu tunggal dan memiliki 6 orang anak. 1 masih bersekolah, manakala yang lain tidak berjaya menamatkan sesi persekolahan kerana faktor kewangan. Tinggal di sebuah kampung dan menyara kehidupan dengan mengambil upah sambilan di kampung, namun atas faktor usia yang sudah lanjut dan kesihatannya, beliau tidak dapat menyara anak-anak serta dirinya lebih-lebih lagi tanggungan perubatan yang amat tinggi. Oleh kerana inilah, kami amat menghargai dan memerlukan bantuan dari pelbagai pihak.




Untuk sumbangan dermaan anda

silalah menderma kepada pihak kami




Urus setia (admin): Puan Zurina
No tel: 018 266 0953
ATAU

Puan Rohsamila
No tel: 019 231 4480

TAG "TBG PESAKIT"

BANK AKAUN RASMI ATJ

MAYBANK 
5121 8334 0641
ROHSAMILA BT YUNUS





Terima kasih

Mohon tabung ini anda sharekan kepada rakan-rakan dan keluarga agar kita dapat bantu segera pesakit kronik ini.


No comments