Bantuan Dari Badan Amal Till Jannah

Share:
Teks : Amal Till Jannah
Foto : ATJ

 
Alhamdullilah.

Terima kasih kepada Puan Rosya, pengasas ATJ yang membantu menyalurkan sumbangan mereka yang menyumbang untuk Nur Rahmah bagi kelengkapan bayi.

Semoga urusan puan ini di permudahkan olehNYA dan selamat melahirkan permata hatinya pada bulan Mac nanti.

Saya masih mendapat whatsap dan PM dari mereka yang mahu menyumbang lagi.

In shaa Allah, sumbangan anda masih boleh di salurkan terus ke Wangsa Maju.
‪#‎atj‬

 ***************************************************
Ini kisah Adik Nur Rahmah yang kami kongsi di facebook dan fanpage Amal Till Jannah 


.
 
Assalammualaikum.
Baru sebentar tadi saya menghubungi adik Nur Rahmah yang memerlukan bantuan kelengkapan baby untuk bersalin pada bulan 3 tahun hadapan.

Mengikut kata Nur Rahmah, beliau telah di halau dari rumah pada bulan 10 yang lepas akibat tidak dapat membayar sewa rumah di sebabkan suaminya menghilangkan diri.
Selain daripada anak yang di kandungkan sekarang, beliau juga mempunyai 4 orang anak yang lain berumur antara 1 tahun sehingga 4 tahun.

Anak-anaknya yang lain juga tidak mempunyai baju selain baju yang sempat di ambil ketika keluar dari rumah sewa tersebut.

Sekarang, beliau menumpang di rumah makcik di Kajang. Seminggu rumah makcik A, seminggu rumah makcik B sehinggalah permohonan untuk mendapatkan rumah di luluskan oleh pihak zakat.
Sehubungan itu, saya dan team Amal Till Jannah akan mengumpul kelengkapan barangan baby tersebut dan di serahkan kepada beliau pada minggu ini.

Untuk anda yang ingin turut sama menyumbang, boleh turut menyumbang sumbangan anda kepada saya di Wangsa Maju (please PM saya),atau yang jauh boleh menyumbang wang ringgit dan kami tim ATJ akan membeli kelengkapan-kelengkapan tersebut.

Kelengkapan-kelengkapan yang akan di beli :
+ Minyak bayi
+ Barut
+ Kain bedung
+ Pampers
+ Stokin / sarung tangan
+ Selimut
+ Botol susu
+ Baju NB
+ Susu (untuk anak nya yang berumur 1 hingga 4 tahun)

Mohon PM Puan Anys Idayu Zakaria untuk maklumat no akaun (sumbangan wang).

Terima kasih.

 

No comments