Soal Jawab Tentang Sedekah

Share:

Teks: Amal till Jannah

ALlhamdulillah. Usrah amal till Jannah semakin ramai. Hari ni ada usrah yang bertanyakan mengenai sedekah beserta hadis dan dalilnya.

soalan cam ni ustaz..
1.bolehkah sedekah tu di sedekahkan kepada ahli keluarga sendiri?
2.kalau sedekah tu berupa wang di gunakan untk membayar makan  kawan kawan bagaimana ustaz?
Sedekah ialah pemberian harta kpd org miskin,org yg memerlukan atau pihak yg berhak menerima sedekah..

Jawapan:
Dalil sedekah dalam al quran :
1) surah al baqarah ayat 261,262,263,264,265
2) surah al.imran ayat 92
3) surah at taubah ayat 60
4) surah al baqarah ayat 215
5) surah as saba ayat 39

Dalil sedekah dari hadis nabi saw :
1) sedekah dpt menghapuskan kesalahan spt air memadamkan api ( riwayat at tirmizi)
2) tidak akan berkurang harta kerana sedekah ( riwayat at tirmizi)
3) sesngguhnya sedekah itu dpt memadamkan kemurkaan allah taala dan menolak cara mati yg buruk( riwayat at tirmizi)

Manfaat sedekah :
1) memudahkan keturunan
2) meluaskan rezeki
3) menolak bala
4) memyembuhkan penyakit
5) menyelesaikan masalah
Dan pelbagai lagi..

1) kita dibolehkan bersedekah kpd ahli keluarga sendiri sama ada adik beradik..mak atau abah..

Dalil hadis rasullah saw : orang itu berdosa sekiranya mengabaikan org yang harus diberikan nafkah ( hadis riwayat muslim dan abu daud)

2) hukumnya harus andai kita sedekah dlm bentuk wang utk.kawan2....ini juga di anggap sedekah dan kita akan.mndapat 2 pahala...( pahala sedekah dan silaturahim)...

Anda punyai soalan?
In shaa Allah boleh tanya kami..

Emelkan soalan anda kepada amaltilljannah@gmail.com

Semoga ketemu lagi

Assalamualaikum


No comments