Program Infaq Bulanan Amal Till Jannah 2022

Share:
Bismillah, alhamdulillah sudah masuk tahun baru, 2022. Oleh itu kami dengan sukacitanya menutup tirai Program Bulanan 2021 dan membuka tirai Program ATJ pada tahun ini. 


Kami ucapkan ribuan terima kasih buat semua penginfak sama ada ahli ATJ ataupun bukan. Siapa pun juga kalian, dan dimana sahaja kalian berada, kami doakan Allah berikan segala yang terbaik buat kalian semua. 





UPDATE TERKINI PROGRAM ATJ UNTUK TAHUN 2022

3 Program Bulanan (Istiqomah) Utama Amal Till Jannah


1. Infaq Istiqomah Bulanan serendah RM30 sebulan

2. Program Sedekah Jumaat dan Tahlil Doa Selamat - dijalankan setiap minggu pada hari Khamis dan Jumaat serendah RM20 sebulan atau RM5 seminggu.

3. Program Zakat Bulanan Serendah RM20 sebulan


**Program Zakat bulanan merupakan program terbaru dari ATJ pada tahun  ini. TABUNG ZAKAT BULANAN ATJ di mana khas untuk mereka yg nak buat bayaran zakat setiap bulan dan juga membayar zakat2 yg tertunggak sebelum ini dengan bayaran Serendah RM20/sebulan.


Details Link Pembayaran bagi Ahli ATJ, bagi jemaah yang berminat untuk sertai program infaq bulanan kami, boleh terus berdaftar sebagai ahli ATJ. Ada banyak kelebihan sebagai ahli selain menjadi penginfaq tetap pada tahun 2022 ya. 


A. Program Bulanan ATJ
TABUNG INFAQ ISTIQOMAH
❤️Infaq Istiqamah Bulanan 


B. Program Mingguan ATJ
❤️ TABUNG SEDEKAH JUMAAT & TAHLIL DOA SELAMAT
❤️Tabung sedekah jumaat 


C. Tabung Zakat Bulanan ATJ
❤️Tabung zakat bulanan


Untuk mendaftar sebagai ahli ATJ dan bergerak bersama-sama kami bolehlah mendaftar melalui link di bawah dan whatsapp admin selepas mengisi borang pendaftaran ahli.


Link pendaftaran Ahli ATJ: https://forms.gle/qmorTJvfbScdUjDk7


Para Jemaah sedia ada diminta untuk kemaskini penyertaan bagi program ISTIQOMAH BULANAN & MINGGUAN untuk rekod admin supaya setiap pergerakan TABUNG INFAQ/SEDEKAH yang dijadualkan berjalan lancar


Setelah Jemaah siap mengisi butiran Mohon wassap ADMIN FATIN untuk dapatkan LINK GRUP SAHABAT ATJ 2022 untuk UPDATE AKTIVITI Dari masa ke semasa.


Jika ada yang mahu berinfaq secara umum, kami akan masukkan ke Tabung Sedekah Jumaat atau program-program yang berlangsung secara ad hoc atau bermusim mengikut budi bicara dari pihak kami ya.


Maklumat bank akaun rasmi ATJ:

MAYBANK AMAL TILL JANNAH
 🏧 5621 8831 9223





✅ STEP 1
Jemaah boleh mengisi form penyertaan seperti di dalam link di atas 👆🏻untuk membuat pilihan program Infaq/sedekah/zakat mengikut hajat masing-masing 😊


✅ STEP 2
Setelah lengkap butiran penyertaan diisi, jemaah hendaklah WASAP ADMIN FATIN selaku BENDAHARI ATJ untuk Admin masukkan ke WASAP GRUP BARU SAHABAT ATJ 2022.


Bagi jemaah yg belum DAFTAR AHLI ATJ / TAK MEMPUNYAI NO AHLI mohon daftar terlebih dahulu dan isikan 2 nama untuk ruangan Tahlil Doa Selamat. Digalakkan isi Nama Ayah dan Ibu tersayang 


Insyaallah program untuk tahun ni lebih closed grup, dan setiap bulan kita akan buat doa selamat untuk jemaah dan ahli keluarga sekiranya ada yg sambut hari lahir, terima menantu, dapat cucu, dapat anak baru, atau apa perkara yg menggembirakan mahupun ujian yg menyedihkan seperti berita kematian DLL


✅ STEP 3
ingin dimaklumkan pada sesi 2022, ATJ akan menyediakan LINK INFAQ KHAS di mana jemaah harus/perlu mengisi butiran infaq/wakaf/sedekah melalui LINK yg disediakan 


Ini mengambil kira untuk memudahkan kerja-kerja audit dana aktiviti setiap minggu/bulan ATJ agar semua program dapat dijalankan sebaik mungkin.. InsyaAllah


Lain- lain program INFAQ/WAKAF/ZAKAT/FIDYAH saya akan maklumkan di GRUP WASAP BARU😊 insyaallah



Jazakallahukhair..
didoakan semoga infaq/wakaf/sedekah kalian semua diredhai Allah..amin



Kami kongsikan antara program-program yang sudah berlangsung pada tahun 2021. Terima kasih pada semua, semoga Allah merahmati dan permudahkan semua urusan kita di tahun 2022.


Sedekah Jumaat

Raikan anak-anak yatim/asnaf - Sedekah Jumaat

Bantuan Asnaf/Ibu Tunggal

Sedekah Jumaat Frontliners

Sedekah Jumaat


Wakaf Al-Quran


Program Quran dan Aqiqah Aidil Adha

Program Waqaf Telaga Air di Kemboja






ada banyak lagi program-program yang kami jalankan dari masa ke semasa, insya Allah, doakan kami agar mempunyai kesempatan untuk terus aktif di blog untuk memberikan informasi berkaitan infaq yang dijalankan oleh NGO Amal till Jannah

No comments