Wednesday, 9 November 2016

Program Sedekah Bulanan Tetap RM 40 (Infak Istiqomah)

Bismillahirrahmanirrahim

Dilancarkan program sedekah bulanan secara tetap (istiqomah) hanya dengan nilai sebanyak RM 40/bulan.

Allah SWT berfirman:

اِنَّ الْمُصَّدِّقِيْنَ وَالْمُصَّدِّقٰتِ وَاَقْرَضُوا اللّٰهَ قَرْضًا حَسَنًا يُّضٰعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ اَجْرٌ كَرِيْمٌ
"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia."
(QS. Al-Hadid: Ayat 18)

BANTU KAMI UNTUK BANTU ORANG LAIN.

Program : 1 Rumah 1 Tabung ATJ.

Istiqomah menabung / sedekah / infaq RM40 sebulan. RM40 sahaja infaq bulanan dari jemaah yang berdaftar akan disalurkan pada 10 TABUNG dibawah:


1) Sedekah jumaat setiap minggu.

2) Tahlil arwah khas untuk ibu bapa / pasangan / kerabat ahli keluarga yang telah meninggal dunia setiap minggu.

3) Wakaf 1 kerusi roda setiap bulan.

4) Tajaan umrah seorang jemaah asnaf setiap bulan.

5) Bayaran bil air dan elektrik 1 masjid/surau,1 rumah anak yatim, 1 maahad tahfiz dan 1 keluarga asnaf setiap bulan.

6) Bekalan makanan 1 rumah anak yatim, 1 maahad tahfiz dan 1 keluarga asnaf dan oku setiap bulan.

7) Bekalan 500 botol air mineral ke pusat tahfiz terpilih setiap bulan.

8) Wakaf buku agama setiap bulan.

9) Tabung kebajikan manusia.

10) Tabung khairat kematian ahli keluarga jemaah ATJ.

🔴10 PROGRAM LENGKAP INI HANYA DENGAN INFAQ RM40 SECARA ISTIQOMAH BULANAN.🔴

ATJ juga menyediakan satu ruang dan ingin mengajak saudara2 muslimin dan muslimat sekalian untuk terus ISTIQAMAH dalam mengerjakan AMALSOLEH dan sememangnya AMALAN BERSEDEKAH adalah amalan yang amat disukai oleh RASULULLAH S.A.W.

- Mengajak dan Sebarkan Kebaikan -

Like Page kami : AMAL TILL JANNAH
Channel Telegram : @AMALTILLJANNAH

www.amaltilljannah.com
==================================

Whatsapp admin untuk daftar.
Taip " DAFTAR AK500 ATJ "

Admin muslimin : Mohd Khairudin 016- 6615672 ATJ007
Admin muslimat : Syazwani Jannah 012- 9284284 ATJ004
===================================

SALAM UKHWAH FILLAH
PN ROSYA YUNUS ATJ01
Founder Amal till Jannah
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Soalan yang sering ditanya:

Bagaimana RM40 sebulan ini menampung kesemua tabung mingguan dan bulanan yang bernaung di bawah program ini?

RM40 sebulan bagi 10 tabung ini digabungkan secara berjemaah seramai 500 orang semuanya. Inilah dinamakan program INFAQ BERJEMAAH ISTIQOMAH pertama pernah dijalankan.

Berapa lamakah program ini akan dijalankan?

Selagi mana Allah mengizinkan kami di ATJ menjalankan amanah kalian semua.

Adakah saya perlu menderma sebanyak RM 40 setiap bulan seumur hidup?

Ya. Jika dimaksudkan dengan istiqomah ini bermakna anda akan bersama kami menjalankan amanah ini secara berterusan selagi kita semua masih hidup. Namun, jika berlaku pada satu masa anda sudah tidak mampu atau berkehendak meneruskan infak ini. Mohon maklum kepada pihak admin kerana mereka yang menyertai program ini adalah mereka yang mendaftar secara rasmi secara sukarela dan bukanlah paksaan.

Bolehkah saya menderma lebih dari sebulan atau setahun sekaligus?

Boleh. Setelah transaksi dibuat sila maklumkan bendahari program infak ini ya. Kami merekodkan segala transaksi kalian dalam program ini.

Adakah program infak ini sama dengan program-program lain yang dianjurkan oleh pihak ATJ?

Tidak. Program infak RM 40 sebulan ini merupakan program khas di mana semua ahlinya berdaftar dan diberikan no keahlian. Sebagai contoh ATJ 01, mereka yang mempunyai no keahlian ini bermakna mereka yang telah menyertai program infak istiqomah anjuran Amal till Jannah (ATJ).

Jika saya sudah menderma dalam program infak, bolehkah saya menderma/sedekah dalam program ATJ yang lain?

Boleh. Tiada masalahnya. Program selain RM 40 infak istiqomah ini merupakan program@projek terbuka buat seluruh umat Islam di Malaysia.

Adakah kami telah menjawab segala persoalan kalian?

Jika berminat untuk menyertai program saham akhirat ini,

Sila hubungi admin di atas untuk pendaftaran anda :)

Kini telah pon memasuki bulan November 2016, kami memasuki bulan ketiga bagi program ini.

Pada tarikh 9 November 2016 hari ini, seramai 262 jemaah telah mendaftar dan telah pun memulakan infak secara istiqomah sebanyak RM 40 sebulan.

Alhamdulillah.


Untuk mengikuti perjalanan aktiviti bagi tabung-tabung infak istiqomah ini,

Anda boleh ikuti kami di fanpage ATJ: amaltilljannah

Atau pun melalui channel telegram:
@amaltilljannah

Alhamdulillah, mari sama-sama kita sebarkan kepada rakan-rakan, saudara mara tentang program ini.

Semoga setiap amal jariah kita memberi perlindungan pada diri kita di akhirat kelak.


Allah SWT berfirman:

وَاَنْفِقُوْا مِنْ مَّا رَزَقْنٰكُمْ مِّنْ قَبْلِ اَنْ  يَّأْتِيَ اَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُوْلَ رَبِّ لَوْلَاۤ اَخَّرْتَنِيْۤ اِلٰٓى اَجَلٍ  قَرِيْبٍ ۙ  فَاَصَّدَّقَ وَاَكُنْ مِّنَ الصّٰلِحِيْنَ
"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh "."
(QS. Al-Munafiqun: Ayat 10)

* Via Al-Qur'an Melayu https://goo.gl/bp3grQ


No comments:

Post a Comment