Perbetulkan niat kita..

Share:
Dalam kehidupan seharian, kita tidak terlepas dari melakukan sesuatu yang diluar jangkaan.Samaada jangkaan yang baik mahupun sebaliknya.Allah Taala dengan limpah kurniaNYA memberi kepada kita pelbagai jenis nikmat yang mana kita sendiri sudah tidak mengira betapa banyaknya nikmat tersebut.Disini suka saya ingatkan diri saya serta pembaca sekalian supaya merenung sejenak,adakah kita melakukan segala ibadah ini kerana Allah atau sebaliknya??

Dalam kitab hadis Imam Nawawi rahimullah ade menukilkan sebuah hadis  yang dimuatkan dalam karya agung beliau iaitu "kitab al wafi ".

Daripada amirul mukminin abu hafs Umar bin Al Khattab radhiallahanhu berkata :Aku telah mendengar Rasullah saw bersabda iaitu "Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap orang itu akan memperolehi apa yang diniatkan.Maka barangsiapa (niat)hijrahnya kerana Allah Taala dan RasulNYA,maka hijrahnya itu adalah untuk Allah dan RasulNYA dan barangsiapa hijrahnya untuk maksud dunia,maka ia maksudnya itu akan terpenuhi atau kerana seorang wanita maka ia akan mengahwininya.Oleh yang demikian hijrahnya adalah berdasarkan kepada maksud apa hijrah itu lakukan"( hadis riwayat bukhari dan muslim)

Berdasarkan hadis disebutkan tadi,maka suka atau tidak kita perlu menjaga niat kita dalam setiap amal perbuatan kita.Ini lah bezanya antara ibadah dan adat yang kita wajib mengetahui bahawa setiap amalan yang yang kita hendak lakukan bermula dengan niat malaikat kiroman katibin telah mencatat untuk buku amalan belah kanan kita.Tidakkah itu sebagai "bonus" buat kita sebagai seorang muslim.Betapa untungnya kita dilahirkan sebagai seorang islam diatas muka bumi Allah Taala ini.

Selepas kita sudah memperbaiki niat kita,seharusnya kita mengenal pasti apa perkara yang menjadi keutamaan untuk kita lakukan dalam masa 24 jam.Ingatlah kata-kata Saidina Ali karamallahu wajha"Masa itu umpama pedang sekiranya kita tidak menghargainya nescaya ia akan memotong kita".Dalam bab ini sekali lagi kita belajar tentang satu ilmu berkaitan dengan masa iaitu solat fardhu 5 waktu.

Dalam bab ini seperti sedia maklum solat memainkan peranan penting dalam segenap aspek kehidupan kita.Disini suka ingin penulis meletakkan asas pengurusan masa hanya dalam waktu solat 5 waktu.Dimulai dengan solat fardhu subuh sehinggalah solat fardhu isya.Disinilah periority kita dapat melakukan sesuatu gerak kerja dimana kita seharusnya bijak dalam bahagikan masa dalam melakukan sesuatu perkara yang manfaat.

Disinilah penekanan yang sering disebut dalam al quran dalam surah al insyirah ayat 7 dan 8 yang bermaksud " Maka apabila engkau telah selesaikan sesuatu urusan maka tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain (7)Dan hanya kepada tuhanmu engkau berharap(8)"

Lihatlah para pembaca sekalian bagaimana Allah Taala meletakkan asas keutamaan atau periority dalam kerja kita seharian.DIA ingin mendidik jiwa kita supaya tidak buang masa atau menangguhkan sesuatu kerja hanya kerana godaan yang tidak sepatutnya.

Dan yang terakhir sekali setelah kita melakukan kerja atau amalan yang kita buat,maka seharusnya kita bertawakal kepada Allah Taala.Itulah sebaik-baik tempat kembali.Ingatlah kembali sirah Rasullah saw ketika dalam peperangan badar dimana tentera islam seramai 313 orang manakala orang kafir seramai 1000 orang berperang dipadang pasir ketika bulan ramadhan tahun ke 3 hijrah.Apa yang Baginda saw lakukan ??baginda berdoa dan memohon doa kpd DIA dan bertawakal 100% untuk perjalanan syiar islam dibumi madinah ketika itu.

Untuk akhirnya saya ingatkan diri saya dan pembaca sekalian,peliharalah niat kita.Pastikan kerja yang kita lakukan hanya kerana Allah Taala dan bukan kerana pujian dunia.Ini kerana hanya amalan kerana Allah sahaja yang melayakkan kita masuk dalam syurga Allah Talla.Buatlah segala gerak kerja kita untuk tahun 2016 dan seterusnya  dengan bersungguh-sungguh ,serta jadikan ia sebagai "kredit akaun" kita untuk akhirat kelak.Bertepatan lah dengan nama NGO kita ini "Amal Till Jannah" membawa maksud amalan sehingga ke syurga.




1 comment: