Perjalanan Nabi s.a.w ke Taif

Taklim: Kisah para sahabat
Kisah para sahabat: Tabah teradap kesusahan untuk agama

Tidak mungkin bagi orang yg lemah spt kita utk menanggung kesusahan & kepayahan dlm menyebarkan agama sebagaimana yg telah ditanggung oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.anhu. Malah niat untuknya juga susah. Kitab-kitab sejarah penuh dgn kisah2 sedemikian ttp untuk beramal dgnnya telah menjadi perkara yg asing. Malah kita tdk ingin pon bersusah-payah untuk mengambil tahu kisahnya. Bab ini dinukilkan beberapa kisah sebagai cth.

Perjalanan Nabi s.a.w ke Taif

Setelah mendapat tugas kenabian, Nabi s.a.w telah menjlnkan dakwah di Mekah selama 9thn & terus berusaha demi islah dan petunjuk kaum Baginda s.a.w. Di kalangan Baginda s.a.w, hanya segelintir yg memeluk islam dan sebahagiannya tidak memeluk islam. Majoriti orang Mekah cuba menyusahkan Nabi s.a.w serta para sahabat dgn pelbagai cara yang ada.

Di Mekah, bapa saudara baginda s.a.w, Abu Talib byk membantu baginda s.a.w. Namun apabila beliau meninggal dunia, penduduk Mekah semakin berleluasa menyiksa orang islam sehingga baginda s.a.w membuat keputusan utk berhijrah ke Taif. Di sana terdpt Kabilah Thaqif yang ramai bilangannya. Jika Berjaya mengislamkan mereka maka kaum muslimin di Mekah akan mendapat perlindungan & Taif akan menjadi pusat penyebaran islam.

Namun apa yg dicita tidak kesampaian. Apabila sampai di sana, baginda s.a.w dicemuh dan dilayan penuh kasar sedngkan bangsa arab sememangnya dikenali amat menjaga tetamu. Tetapi baginda dicemuh dgn kasar oleh pembesar-pembesar di Taif.

Pembesar 1: “Hoi! Engkaukah orangnya yang Allah s.w.t hantar sebagai nabi?”
Pembesar 2: “Tiadakah orang lain drp kamu yang Allah s.w.t temui utk diutus sebagai nabi?”
Pembesar 3: “Aku tdk ingin berbicara dgnmu.Kerana kalaulah kamu sememangnya seorang nabi sebagaimana didakwa maka  mengingkari percakapanmu mendatangkan musibah dan sekiranya kamu seraong pendusta, aku tidak ingin bercakap dgn orang seumpama kamu”

Tetapi baginda s.a.w tetap cuba bercakap dgn orang-orang disekelilingnya kerana baginda s.a.w ialah sorang yang berhemah dan sangat cekal. Malangnya tiada orang yang menerima. Maka, pulanglah baginda s.a.w dgn perasaan hampa. Lebih teruk, mereka menghantar kanak-kanak utk mengejek, mengejar dan melontar baginda s.a.w dgn batu hingga berdarah dari kedua-dua kasut baginda s.a.w. dalam keadaan itulah baginda s.a.w pulang.

Apabila selamat, baginda s.a.w berdoa,

“Ya Allah, kepadaMu aku mengadu kelemahanku, kekurangan daya upaku dan kehinaanku pd pandangan manusia. Ya! Arhamrrahimin! Engkaulah Tuhang org yg ditindas. Engkaulah Tuhanku. Kepada siapakah Engkau menyerahkan diriku ini, kepada orang asing yg akan menyerang aku atau  kpd musuh yang menguasai aku? Sekiranya Engkau tidak murka kepadaku maka aku tidak peduli. Namun, afiatMu sudah cukup bagiku. Aku berlindung dgn nur WajahMu yang menerangi segala kegelapan dan eratur di atas nur itu urusan dunia dan akhirat, drpd Engkau menurunkan kemarahanMu kepadaku atau Engkau murka kepadaku. kepadaMulah aku tetap merayu sehingga Engkau reda. Tiada sebarang daya (untuk melakukan kebaikan) dan tiada upaya (untuk meninggalkan kejahatan) kecuali dengan petunjukMu”
Dengan doa itu, datanglah malaikat Jibrail a.s memberi salam dan berkata,

“Allah s.w.t telah mendengar perbualan kaum itu dgn tuan dan tlg mendengar jawapan mereka serta menghantar satu malaikat yg bertanggungjawab ke atas gunung-ganang. Perintahkan shj malaikat tersebut untuk melakukan apa saja kehendak tuan”

Lalu, datangla malaikat tersebut,

“Saya akan menunaikan segala perintah tuan. Sama ada diperintahkan supaya saya melaga-lagakan bukit bukau di kedua arah supaya mereka semua akan hancur atau apa sahaja hukuman yang tuan tetapkan”

Baginda s.a.w ialah seorang yang amat pengasih lagi berbelas kasihan. Baginda s.a.w menjawab,

“Aku tetap menaruh harapan kpd Allah s.w.t bahawa walaupun mereka ini tidak memeluk islam, pasti akan lahir org yg akan menyembah Allah s.w.t dan beribadat kepadaNya di kalangan anak-anak mereka”

Keterangan

Inilah dia akhlak peribadi mulia seorang ang kita kononnya berbangga-bangga menjadi pengikutnya. Sebaliknya, apabila kita sendiri mengalami sedikit kesusahan atau dilempari dgn kata-kata kesat, kita akan menjadi begitu marah sehingga menaruh perasaan dendam yang tidak padam-padam. Kezaliman demi kezaliman kita lakukan ke atasnya sedangkan kita mengaku yang kita ialah pengikut Nabi Muhammad s.a.w. Setelah menanggung kesusahan dan penderitaan yg begitu dahsyat, Baginda s.a.w sendiri tidak pun mendoakan keburukan atas mereka dan tidak juga mengambil sebarang tindak balas.


Oleh
Syaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Rahmatullahi alaih


0 Comments