Wakaf Kerusi Batu Amal till Jannah

Share:

Bismillah.

Wakaf 5 KERUSI BATU FASA 1.

Wakaf RM10 seorang untuk diletakkan di Masjid/Maahad Tahfiz/Sekolah/Tempat Awam yang memerlukan. 

RM1500 diperlukan untuk PROJEK WAKAF 5 KERUSI BATU FASA 1 DILAKSANAKAN.

Para penderma yang budiman yang ingin memberi sumbangan wakaf meja kerusi batu boleh hubungi admin PN ANYS IDAYU 017-7912993.

Sumbangan amat dialu-alukan. Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan. Moga dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan.

Admin Wakaf Kerusi Batu
Anys Idayu Hj Zakaria
ATJ – 005


#wakafkerusibaturm10 #amaltilljannah #wakafkerusibatu


Wakaf Kerusi Batu Fasa 1 telahpun selesai alhamdulillah.

Syukur Alhamdulillah fasa pertama untuk wakaf kerusi batu telah berjalan dengan lancar.

Kita telah mewakafkan 5 set kerusi batu ke pusat Tahfizul Quran Al Qamar, Melaka.

Alhamdulillah ustaz mudir kt sana gembira sekali anak2 di sana dpt duduk dan berehat. Adakalanya ibu bapa datang jumpa anak-anak tak cukup tempat duduk.

Setinggi tinggi terima kasih kepada semua jemaah yang berinfaq untuk projek wakaf kerusi batu ini. Semoga kita dapat perluaskan lagi projek ini untuk masa akan datang.

Semoga Allah jua yang membalas kebaikan kalian.

Mari kita teruskan perjuangan Wakaf Kerusi Batu ini.

Anda boleh menderma sekecil-kecil nilai atau sebesar kemampuan anda.

Projek Wakaf kerusi batu akan diteruskan juga sebagai salah satu projek wakaf di dalam program amal till jannah.

Sambil baca, sambil share. Semoga kita dapat menggalakkan lebih ramai berwakaf bagi projek ini mahupun memulakan niat bersedekah.

Allah SWT berfirman:

اِنَّ الْمُصَّدِّقِيْنَ وَالْمُصَّدِّقٰتِ وَاَقْرَضُوا اللّٰهَ قَرْضًا حَسَنًا يُّضٰعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ اَجْرٌ كَرِيْمٌ
"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia."
(QS. Al-Hadid: Ayat 18)

* Via Al-Qur'an Melayu https://goo.gl/bp3grQ

Untuk dapatkan aktiviti terkini dan mengikuti perkembangan program-program amal till jannah

Boleh juga ikuti kami di channel @amaltilljannah atau facebook page kami, https://www.facebook.com/AMAL-TILL-JANNAH-926402460743910/ 


No comments